Markup dan Profit Niaga

with 31 Comments

Markup dan Profit Niaga, kebanyakan mereka yang berniaga kurang arif bagaimana untuk menetapkan harga kos produk tersebut dari harga pembekal, operasi, pemasaran sehingga ke harga akhir yang sesuai untuk di jual pada pembeli.

Harga untuk di ‘markup’ dan keuntungan ‘profit’ barangan tersebut. Adakah peniaga benar-benar tahu apa yang mereka buat dan jual?

Kebanyakan peniaga gagal untuk melakukan kira-kira dan akhirnya mereka mengalami kerugian setiap bulan.

Produk habis dan angka jualan kasar sangat bagus, tetapi pada penhujung tutup buku kira-kira tetap rugi juga.

Join Telgram Channel Tips Hartanah AAA (klik di sini)

Kenapa jadi macam ini?

Bagaimana cara untuk mengira Markup Margin dan Profit Niaga Margin ?

Bunyi seakan sama tetapi mempunyai maksud yang berlainan.

Kepada peniaga yang melakukan ‘trading’ iaitu ambil dari pembekal dan terus jual kepada orang ketiga pengiraan agak mudah.

Tetapi kepada peniaga yang membuat berasas dari bahan mentah contohnya kedai roti pengiraan akhir kos agak sukar sedikit, tapi cara pengiraan tersebut semuanya adalah mudah. Tidak perlu kalkulus atau algebra untuk selesaikannya.

Trading – Perdagangan

Adalah urusan beli dan jual. Saya membeli dari pembekal A dan menjual semula kepada pelanggan B. Saya membeli dari pembekal A secara pukal dan menjual semula kepada pelanggan B secara runcit.

Harga yang saya dapat adalah jauh lebih murah dari harga mereka yang beli secara runcit.

Contohnya:-

Beli dari pembekal – RM10.00

Jual kepada pelanggan – RM13.00

Saya mendapat keuntungan dari urus niaga di atas sebanyak RM3.00

Soalan:- 

Berapa Markup Margin saya?

Berapa Profit Niaga Margin saya?

Perbezaan di antara Markup Margin dan Profit Margin

Markup Margin dengan mudah kita hanya menambah peratus kepada harga belian dari pembekal dan di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan dengan menambah 30% ianya sudah di anggap keuntungan sebanyak 30%.

Mari kita lihat bagaimana Profit Margin pula di kira


Kesilapan Yang Di Buat

Macam mana boleh dapat 23% sahaja sedangkan saya menambah 30% dari harga belian asal.

Di sini kebanyakan peniaga membuat kesilapan yang mana keuntungan sebenar adalah 23% bukan 30%.

Apabila percaturan ini silap pada penghujung kira-kira syarikat di dapati syarikat anda terlebih berbelanja dan mengalami kerugian.

Markup Margin boleh di tambah berapa peratus atau ribuan peratus. Jadi kita sebagai usahawan kena bijak membuat percaturan supaya tidak terlebih berbelanja dengan keuntungan yang di dapati.

Jika Profit Niaga Margin hanya 23% berbelanja sekadar 15% termasuk kos utiliti, gaji dan bermacam lagi bukan berbelanja sebanyak 30% dan oleh sebab itu perniagaan anda rugi setiap masa kerana perlu menambah modal untuk kos operasi.

Markup Margin boleh di tambah terus mengikut kesesuaian perniagaan sama ada puluhan, ratusan, ribuan anda kira sendiri.

Profit Margin jumlahnya adalah kurang dari 100% anda tidak percaya sila buat kira-kira dengan gembira.

Jadi dari kes di di atas bagaimana kita nak maintain keuntungan 30% (profit margin) dan berapakah ‘markup margin’ yang di perlukan?

Jadi Markup Margin adalah 43% baru dapat Profit Margin 30%.

Segala pengiraan Markup Margin dan Profit Margin di atas adalah berdasarkan pengiraan kos yang telah di ambil kira, contohnya Ahmad berniaga di permis yang mungkin sewanya murah dan mempunyai pekerja hanya beberapa orang sudah tentu harga jualannya juga murah berbanding Ali yang mempunyai permis di tengah bandar dan sewanya 2 kali ganda dari permis Ahmad dan pekerja Ali juga lebih ramai dari Ahmad. Sudah pasti harga Ali lebih mahal sedikit dari harga Ahmad.

Sebab itu kita sebagai pembeli harus menilai segala aspek sebelum kita menilai pemilik perniagaan tersebut.

Yang mana berwarna merah adalah penolakan yang harus di lakukan setiap bulan dan ‘Syarikat’ bewarna hijau pula adalah simpanan syarikat untuk simpanan yang akan di gunakan apabila kita ingin membesarkan perniagaan (business expand).

Contoh di atas adalah kos-kos nyata yang perlu ada untuk menajalankan operasi perniagaan. Jangan lupa untuk masukan kos pemasaran dan pengangkutan juga. Kos-kos pengangkutan adalah termasuk petrol dan segala baik pulih sekiranya berlaku kerosakan pada kenderaan anda.

Formula Mudah

Saya ada satu lagi formula pengiraaan yang mudah bagi seorang peniaga mempunyai matlamat untuk mencapai jualan bulanan dengan profit margin yang telah di tetapkan.

Jadinya anda perlu membuat jualan setiap bulan sebanyak RM13,333.00 untuk menampung kos operasi perniagaan anda.

Lagi kurang Profit Margin semakin banyak jualan kasar yang di perlukan dan semakin tinggi Profit Margin semakin sedikit jualan kasar yang di perlukan.

Seperti dalam gambarajah di bawah ini mungkin memudahkan pemahaman anda.

Lagi banyak profit yang di ambil semakin berkurangan jualan kasar yang harus di perolehi.

Semoga pengiraan Markup Margin dan Profit Margin memudahkan anda mengira semula keuntungan syarikat sebelum anada terus mengalami kerugian.

Sekiranya penulisan ini bermanfaat sila kongsi dengan sahabat-sahabat anda yang berniaga semoga ada keberkatan kita bersama.

31 Responses

  1. Nur Faizura binti Abdul Kasim
    | Reply

    Sangat bagus penerangan dari Coach, Tq, lebih teliti..?

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Semoga ianya memberi manfaat dan terima kasih kerana sudi komen di blog saya 🙂

  2. Rizal Isham
    | Reply

    Terima kasih atas perkongsian yg diberikan oleh Encik Azuandy…

  3. Sulaiman Yusof
    | Reply

    13,333. – 4,000 = 9,333
    9,333 ÷ 13,333 x 100 = 70%
    contoh profit margin diatas bukan 30%

    sy share cara shortcut nak dapat margin 30%

    harga modal ÷ 0.7 = harga jual (untuk dapat margin 30%)

    4000 ÷ 0.7 = 5714.29 ni harga sepatut jual untuk dapat margin 30%

    nak dapat margin 35%
    harga modal ÷0.65 = harga jual

    dulu sy pun pening bab margin dan markup ni

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Ya betul. Ikut pemahaman para usahawan. asalkan senang untuk membuat kira-kira. Point utama adalah supaya tidak berbelanja melebihi keuntungan asal.

      Maksudnya jika untuk 30% kita berbelanja untuk perkara asas operasi tidak melebihi dari 20% dan 10% simpan untuk expand syarikat di masa hadapan.

    • shaf
      | Reply

      assalamualaikum tn. sulaiman & coach..
      .
      bg pendapat sy..penerangan kedua-duanya adalah betol..tapi berdasarkan tujuan asal yang ingin di cari..
      .
      berdasarkan penerangan coach,yg sy fhm adalah :
      .
      tujuan asal kita adalah untuk mencari jumlah jualan yg tepat yg perlu di targetkan (wajib capai) mengikut profit margin yg dibincangkan iaitu 30%
      .
      dan disini kita dan coach meletakkan nilai profit margin = kos operasi harus….yg sy fhm,kos operasi harus itu adalah kos yg telah menyeluruh iaitu kos bil,sewa,gaji, dan lain² kos,termasuk dengan peratusan business expand..
      .
      nilai peratusan business expand kita bole letak mengikut kesesuaian..bole jdi 1%-10%…dan nilai temasuk dlm 30% profit margin td
      .
      jdi adalah sesuai cara kiraan dr coach td, jika kita lihat dari aspek ini..
      .
      tapi jika kita melihat dari penerangan tn. sulaiman…yg sy fhm,tn. sulaimam meletakkan nilai RM4000 itu adalah sebagai (kos produk/modal)…jdi sesuai lah cara kiraannya iaitu
      13,333. – 4,000 = 9,333
      9,333 ÷ 13,333 x 100 = 70% (profit margin)
      tp penerangan tn. sulaiman lari sedikit dr tujuan asal artikel ini, kerana coach meletakkan profit margin = kos operasi harus
      .
      jdi kesimpulan disini…kedua² penerangan adalah betol,tp diambil dr tujuan & aspek yg berbeza,jdi cara pandangan akan berbeza,tapi masih dpt jawapn dan hasil yg sama…
      .
      situasi ini sama seperti sorang insan yg melihat no.9 dr atas dan sorang lg dr bawah…sebelah pihak akan melihat no.9 dan sebelah pihak lg akan nmpk no.6…tiada yg salah, jawapan kedua duanya betol,cara sahaja yg berbeza..
      .
      semoga bermanfaat pd semua yang tertanya-tanya dan kurang faham dgn isu ini, pd mulanya sy juga kurang fhm, selepas di teliti,sy dpt kesimpulannya dan sy juga mahu para pembaca juga faham dan tidak keliru..
      .
      ini hanya sebagai pendapat sy,jika sy salah mohon tunjuk ajar dr tn. sulaiman,coach dan semua ya..mohon tunjuk ajar dr semua ya (0164470165-shaf.ibnusham)
      .
      sekian,wassalam
      semoga segta urusan kita dipermudahkan selurunhnya,inshaa ALLAH,AAMIIN..

      • Azuandy Aradi
        | Reply

        Alhamdulilah. Penerangan terbaik juga. Keuntungan juga bergantung kepad kos operasi.

        Ada usahawan perlukan keuntungan 5% selepas di tolak semua kos operasi dan modal niaga. Dan meraka pergi kepada volume untuk mencapai jualan bulanan atau tahunan.

        Profit dan margin ini semua bergantung kepada perniagaan usahawan tersebut. Asalkan jangan rugi atau tersilap kira.

        Sebab itu kita lihat ada syarikat yang jual harga berbeza walaupun produk yang sama.

        Cuma apa bezanya mereka adalah sales after service.

    • shaf
      | Reply

      assalamualaikum tn. sulaiman & coach..
      .
      bg pendapat sy..penerangan kedua-duanya adalah betol..tapi berdasarkan tujuan asal yang ingin di cari..
      .
      berdasarkan penerangan coach,yg sy fhm adalah :
      .
      tujuan asal kita adalah untuk mencari jumlah jualan yg tepat yg perlu di targetkan (wajib capai) mengikut profit margin yg dibincangkan iaitu 30%
      .
      dan disini kita dan coach meletakkan nilai profit margin = kos operasi harus….yg sy fhm,kos operasi harus itu adalah kos yg telah menyeluruh iaitu kos bil,sewa,gaji, dan lain² kos,termasuk dengan peratusan business expand..
      .
      nilai peratusan business expand kita bole letak mengikut kesesuaian..bole jdi 1%-10%…dan nilai temasuk dlm 30% profit margin td
      .
      jdi adalah sesuai cara kiraan dr coach td, jika kita lihat dari aspek ini..
      .
      tapi jika kita melihat dari penerangan tn. sulaiman…yg sy fhm,tn. sulaimam meletakkan nilai RM4000 itu adalah sebagai (kos produk/modal)…jdi sesuai lah cara kiraannya iaitu
      13,333. – 4,000 = 9,333
      9,333 ÷ 13,333 x 100 = 70% (profit margin)
      tp penerangan tn. sulaiman lari sedikit dr tujuan asal artikel ini, kerana coach meletakkan profit margin = kos operasi harus
      .
      jdi kesimpulan disini…kedua² penerangan adalah betol,tp diambil dr tujuan & aspek yg berbeza,jdi cara pandangan akan berbeza,tapi masih dpt jawapn dan hasil yg sama…
      .
      situasi ini sama seperti sorang insan yg melihat no.9 dr atas dan sorang lg dr bawah…sebelah pihak akan melihat no.9 dan sebelah pihak lg akan nmpk no.6…tiada yg salah, jawapan kedua duanya betol,cara sahaja yg berbeza..
      .
      semoga bermanfaat pd semua yang tertanya-tanya dan kurang faham dgn isu ini, pd mulanya sy juga kurang fhm, selepas di teliti,sy dpt kesimpulannya dan sy juga mahu para pembaca juga faham dan tidak keliru..
      .
      ini hanya sebagai pendapat sy,jika sy salah mohon tunjuk ajar dr tn. sulaiman,coach dan semua ya..mohon tunjuk ajar dr semua ya (0164470165-shaf.ibnusham)
      .
      sekian,wassalam
      semoga segtala urusan kita dipermudahkan selurunhnya,inshaa ALLAH,AAMIIN..

  4. Mohd taufek
    | Reply

    sila email sya

  5. Fauziah mansor
    | Reply

    Jelas dan faham…

  6. Ajmal
    | Reply

    Thorrbaek idola saya

  7. Mariah Ramlan
    | Reply

    Terima kasih coach
    Semuga elmu yang coach kongsikan lebih bernafaat dan memudahkan lagi untuk membuat pengiraan.
    ?????
    Terima kasih daun keladi,
    Jika ada elmu untuk menambah nilai
    Kongsi2 ye coach untuk kami.
    Aamiin

  8. Hjh Dahlia Asyikin
    | Reply

    Terima kasih atas pengkongsian dan penerangan Sangat baik.

  9. Terima kasih di atas perkongsian Tuan Azuandy

  10. Thank you, Sir.

  11. Mohd mahathir bin abd manap
    | Reply

    Terbaik..saya ada buat kajian tentang makanan yg saya jual, saya dapati harganya yg dijual adalah sama.. contoh 1 bekas adalah rm5.00. Dan mereka membeli.

    Tetapi bila saya buat dan saya jual 1 bekas dengan harga RM3.00 , saya dapati ada yg berkata mahal. Sedangkan kuantiti dan kualiti yg sama dijual pada pelanggan..

    Adakah saya perlu jual RM5.00 dan abaikan apa yg dikatakan pelanggan..

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Salam Hensem Dan Kacak saudara Mahathir,

      Itu adalah sifat semulajadi manusia yang sentiasa komplain, its ok jadikan ianya sebagai satu cabaran untuk berniaga.

      Apa yang kita perlu buat adalah abaikan mereka dan fokus kepada mereka yang memerlukan khidmat anda.

      Teruskan memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling untuk memnuhi selera mereka.

  12. Hjh Dahlia Asyikin
    | Reply

    Ada buat class ke

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Setakat ni belum buat kelas lagi, ngeteh2 InSya Allah boleh

  13. Azuandy Aradi
    | Reply

    Musim PKP ni yang mana nak mula berniaga harus la tahu berkenaan keuntungan sesuatu perniagaan. Banyak masa terluang dan cuba belajar sesuatu. Jika bukan sekarang mungkin boleh di gunakan kemudaian hari.

  14. Amelli anthony
    | Reply

    terima kasih encik..ilmu yg sangat berguna

  15. Afya
    | Reply

    salam tuan saya nak tanya, sekiranya modal utk sehelai baju Rm 4.50 berapakah harga patut saya jual utk sehelai. Saya menyewa kedai. Dan sebenarnya baru2 saja ingin bekecimpung dlm dunia business.tq

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      bergantung kepada kos operasi dan kos harga barang baru di tambah keuntungan yng di perlukan

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...