Azuandy Aradi adalah seorang usahawan yang menjalankan perniagaan di Malaysia dari tahun 2006 sehingga kini. Pengalaman beliau di dalam bidang kualiti, keselamatan pekerjaan, kejuruteraan industri minyak dan gas memembuatkan beliau mencari sesuatu yang boleh di kongsikan dan menambah baik kehidupan masyarakat sekeliling.

Kepakaran Azuandy Aradi

Beliau juga pernah bekerja di Tokyo, Jepun dan melihat masyarakat di sana membangun dengan pesat dan tekun melakukan kerja seharian. Beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang perniagaan dan perkara yang beliau gemar adalah berkenaan perkara digital dan lebih kepada Internet Marketing (IM).

Usahawan Hartanah

Selain dari itu juga beliau merupakan seorang Usahawan Hartanah yang menjalankan pelaburan hartanah dengan pelbagai segmen dan di antaranya adalah Sublet dan Bilik Sewa sehingga kini masih memberi perkhidmatan hampir 100 – 200 orang penyewa dalam satu masa.

Melakukan transaksi puluhan jutaan ringgit purata dalam masa setahun bagi mambantu masyarakat sekeliling yang ingin memiliki hartanah pertama untuk tujuan pelaburan di masa hadapan dengan melakukan “end to end process”.

Dengan melihat keadaan ini, beliau menulis di dalam ruangan blog AzuandyAradi.Com untuk membantu masyarkat di luar sana memulakan perniagaan atas talian. Apa yang penting digitalisasi di dalam perniagaan yang ingin dibuat dapat membantu menjana pendapatan sampingan dan seterusnya pendapatan tetap.

Perkongsian Azuandy Aradi

Beliau juga banyak berkongsi dengan usahawan di dalam program beliau iaitu Mastery cPanel, Webmasta Taikoon, Digitalization Marketing, Google Adwords, Search Engine Optimization dan banyak lagi. Beliau juga seorang yang di tauliahkan menjadi Business Coach di beberapa agensi kerajaan bagi membantu usahawan menaik taraf perniagaan mereka. Selain dari itu juga beliau juga memberi nasihat dan tunjuk ajar di beberapa syarikat besar di Malaysia dalam sektor Digital Ekonomi.

Dengan kemahiran beliau membina laman eDagang perniagaan beliau sendiri ianya di jadikan contoh dan inspirasi kepada usahawan lain bagi membina perniagaan di atas talian setanding dengan laman sesawang lain yang mengikuti piawaian yang telah di tetapkan oleh kerajaan Malaysia.