Bahtera Edisi Selatan 2017

with No Comments

Program BAHTERA pertama kali diadakan pada tahun 2015 di (Kuala Lumpur Convention Centre) KLCC yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Program ini berlangsung selama dua hari (19 hingga 20 Ogos 2015) bertujuan untuk meningkatkan hubungan usahawan Bumiputera dengan agensi kerajaan, swasta dan NGO yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti pembangunan keusahawanan di Malaysia. Dengan tema “Bumipreneurs of Tomorrow”, program BAHTERA telah mensasarkan penglibatan semua peringkat usahawan dan komuniti perniagaan Bumiputera. Pendekatan tersebut ternyata telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dengan pendaftaran lebih 15,000 peserta.

Selaras dengan usaha kerajaan memperkasa ekonomi bumiputera seperti yang dicadangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, inisiatif BAHTERA adalah platform mampan yang terbaik dalam usahanya untuk menangani jurang maklumat untuk usahawan. Ia akan dapat membantu usahawan melonjakkan usahaniaga mereka melalui maklumat perniagaan pintar, strategi penjenamaan yang berkesan dan seiring dengan penggunaan teknologi yang tepat.

PROGRAM

Kluster Program

Format keseluruhan BAHTERA mengambil kira keperluan usahawan dari pelbagai peringkat, merentas industri, dengan rangka program BAHTERA yang bersifat menyeluruh atau holistik, serta memberi penekanan kepada pengisian dan aktiviti berupa “outcome driven” atau memudah-cara (facilitated). Antara kluster industri yang diberi penekanan adalah:

1. Halal, makanan & keusahawanan Agro
2. Keusahawanan Belia
3. Keusahawanan Sosial
4. Fesyen, pelancongan & budaya
5. Keusahawanan wanita
6. Perkhidmatan & Peruncitan

 

 

Zon Bahtera Edisi Selatan 2017

 

ZON TEROKA DI BAHTERA 2017

6 DEK UNTUK DITEROKAI USAHAWAN

Hanya di Bahtera 2017, para peserta akan dapat melayari transformasi usahaniaga mereka melalui 6 zon teroka yang terdiri daripada:

 

ZON BUAL BICARA

Membincangkan isu-isu serta penyelarasan kepada agenda memupuk
‘Bumipreneurs of Tomorrow’, dan membawakan penceramah yang mampu memberikan inspirasi, motivasi & perkongsian dengan tema yang bertepatan secara holistik.

 

ZON BIMBINGAN USAHAWAN

Membawakan pakar-pakar dari segenap keperluan perniagaan yang akan memberi bantuan kaunseling terhadap permasalahan usahawan melalui ‘1 to 1’ klinik. Antara kluster program yang diketengahkan merangkumi:

● Keusahawanan Belia
● Keusahawanan Social
● Keusahawanan Wanita
● Perhidmatan & Peruncitan
● Fesyen Pelancongan & Budaya
● Halal, Makanan & Keusahawanan Agro

 

 

ZON ILMIAH

Zon Ilmiah merupakan komponen yang menyediakan ruang untuk peserta menimba ilmu serta mendapat kemahiran dalam format seminar intensif, atau “hands-on workshop”. Program memberikan penekanan strategi kepada perniagaan secara ‘Blue Ocean’, inovasi dalam perniagaan, strategi pembiayaan alternatif serta program berteraskan kluster terpilih.

 

ZON PELUANG KEUSAHAWANAN

Zon peluang keusahawanan melibatkan lebih dari 40 agensi-agensi kerajaan, dan rakan ekosistem yang merupakan pemudahcara, atau mempunyai program atau bantuan untuk usahawan-usahawan wilayah Selatan

 

ZON PITCH

Zon Pitch mempunyai dua komponen utama:

1.Pitch coaching

a. 3 Coach akan berada onsite untuk membantu peserta menyediakan pitch mereka dari segi “elevator pitch”, “pitch for funding”, “ideation pitch”.

2. Video Pitch Section

a. Kemudahan video pitch untuk penghasilan video pitch.
b. Peserta boleh membawa ThumbDrive untuk membawa Pitch mereka pulang, dan boleh digunakan pada masa lain.

 

ZON PAMERAN

Booth pameran dan jualan produk-produk Bumiputera serta peluang-peluang untuk memulakan perniagaan kepada yang berminat.

 

 

Untuk hadir anda perlu mendaftar pada butang di bawah, saya akan tunggu anda di sana! 🙂

 

Dan pastinya untuk hadir ke program BAHTERA ini ianya adalah PERCUMA seriusss ianya adalah PERCUMA

 

 

[su_button url=”https://goo.gl/kz26pn” style=”bubbles” size=”10″ wide=”yes” center=”yes” icon=”icon: check-circle-o”]DAFTAR DI SINI[/su_button]

 

 

 

 

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...