Rumah Pertama

with No Comments

Rumah Pertama

Dengan Skim Rumah Pertama, pemohon yang layak boleh ambil pembiayaan pinjaman sampai 110% daripada harga hartanah daripada bank-bank yang terlibat dan membolehkan pemilikan rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia. Maknanya orang yang nak beli rumah tu dah tak payah serabut fikir pasal duit deposit yang tinggi melambung tu.

 

 

 

Pinjaman bank 110% daripada harga hartanah

 

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku adalah inisiatif pemilikan rumah yang pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli-pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah sehingga RM10,000 (tertakluk kepada RM5,000 setiap pemohon) untuk memiliki rumah pertama mereka.

 

Skim ni sebenarnya dah lama wujud dari tahun 2011 lagi, tapi masih ramai lagi ramai orang di luar sana masih tak tahu tenatang kewujudanya dan was-was.

 

Jika anda adalah orang yang pertama kalinya yang ingin membeli hartanah, jangan risau dan bimbang boleh cuba bertanya kepada bank-bank yang terlibat (nanti saya kongsikan)

 

 

 

 

Siapa Yang Layak Memohon Skim Rumah Pertama

 

Bukan semua yang akan di terima untuk mendapat skim ini, dokumen juga harus mantap supaya bank tidak akan menolak permohonan anda.

 

Dokumen harus mantap

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

  • Pembiayaan sehingga 110%
  • Harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder (subsale)

 

 

 

 

Ciri & Kriteria Kelayakan

 

Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
  • Pemohon individu atau bersama
  • Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
    • Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
    • Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
      Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas

 

CCRIS dan CTOS mesti bersih dari rekod bayaran terjejas

 

Senang kata jika CCRIS dan CTOS ada angka nombor 1, 2 atau 3 boleh abaikan permohonan ini atau tunggu lagi sampai tahun berikutnya, bagi sampai nombor kembali kepada 0 (kosong).

 

 

 

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman di pasaran utama dan sekunder (subsale) yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

 

 

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur pemohon tidak melebihi 70 tahun diakhir tempoh pembiayaan
  • Pembiayaan yang memberi kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk membuat pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans / takaful kebakaran diwajibkan
  • Untuk pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 dan untuk pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000:
    • Wajib menamatkan modul pendidikan kewangan dalam talian yang disediakan oleh AKPK dan boleh diakses dalam portal AKPK RumahKu. Klik di sini
    • Tempoh moratorium selama 5 tahun

 

 

Bank Yang Terlibat Dalam Skim Rumah Pertamaku?

 

Terdapat 23 bank di dalam Malaysia yang terlibat dalam skim Rumah Pertamaku.

 

Semua bank yang terlibat ini memberi pembiayaan secara konvesional atau islamik mengikut apa yang anda pohon.

 

Bank-bank yang terlibat ini semuanya mempunyai standard tersendiri semasa menyemak dokumen anda. Sebab itu CCRIS dan CTOS memainkan peranan penting untuk melihat “Scoring” kewangan anda.

Scoring itu penting bagi proses awal

 

 

Soalan Lazim

 

Kelayakan

 

Skim ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000. Pemohon dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM10,000 adalah layak bagi pemohon bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon. Walaubagaimanapun, had umur pemohon adalah bergantung kepada tempoh pembiayaan.

Ya, skim ini adalah terbuka kepada kakitangan di sektor awam dan swasta, termasuk mereka yang bekerja sendiri.

Ya. Pemohon individu/bersama dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 dan bagi pembelian hartanah yang bernilai sehingga RM300,000 layak untuk mendapat pembiayaan 110% di bawah skim ini.

Anda boleh memohon untuk pembiayaan 100% melalui pembiayaan individu/bersama. Pendapatan kasar bulanan isi rumah pemohon individu hendaklah tidak lebih daripada RM5,000 dan pendapatan kasar bulanan isi rumah bersama pula tidak lebih daripada RM10,000 (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap pemohon). Jika diandaikan yang kedua-dua pemohon tidak mempunyai sebarang komitmen semasa permohonan dibuat, tempoh pembiayaan adalah 35 tahun (tertakluk kepada umur kedua-dua pemohon tidak lebih daripada 70 tahun pada akhir tempoh pembiayaan) dan memenuhi semua keperluan kredit bank, ansuran bulanan pembiayaan pembelian hartanah yang bernilai RM400,000 tidak boleh melebihi 60% daripada gabungan pendapatan bersih bulanan kedua-dua pemohon.

Tidak, pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

Objektif inisiatif ini adalah untuk membantu isi rumah untuk memiliki harta kediaman pertama. Jika seseorang mewarisi sebuah rumah, dia dianggap sudah memiliki harta kediaman dan oleh itu, dia tidak berada di bawah kategori ini. Bakal pemohon mungkin dikehendaki menandatangani borang pengisytiharan diri yang menyatakan bahawa mereka tidak mewarisi atau memiliki harta kediaman semasa membuat permohonan.

Pemohon bersama merangkumi pasangan, ibu bapa, anak atau adik beradik (yang tinggal bersama di rumah baru), dengan syarat mereka memenuhi kriteria lain.

 

 

Harta

 

Ya, skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan. Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.

Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat. Secara amnya, bank-bank akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.

Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Tidak, Skim ini tidak meliputi pembinaan rumah di bawah tanah sendiri.

Ia mestilah harta kediaman untuk dihuni sendiri (sama ada yang dalam pembinaan atau sudah siap) daripada pasaran utama atau sekunder (subsale).

 

 

Soalan Lain

 

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

Ya, skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.

Pemohon mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank yang terlibat.

Bergantung kepada kepada budi bicara bank masing-masing yang terlibat.

Modul pendidikan kewangan hanya wajib bagi pembeli rumah pertama yang bernilai tidak lebih daripada RM300,000 dan dengan pendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000.

Tempoh moratorium 5 tahun hanya terpakai untuk pembeli rumah pertama yang berpendapatan kasar bulanan isi rumah tidak lebih daripada RM5,000 dan membeli rumah yang bernilai tidak lebih daripada RM300,000.

 

Maklumat lanjut boleh di dadapati di sini. Klik di sini

[siteorigin_widget class=”WP_Widget_Custom_HTML”][/siteorigin_widget]
[siteorigin_widget class=”Getresponse\\WordPress\\GrWidget”][/siteorigin_widget]

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...