Rumah Mampu Milik Johor

with 2 Comments
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) terdapat 5 kategori yang boleh di pilih berpandukan tangga pendapatan anda. Saya akan kongsikan kategori tersebut dan syarat-syarat asas lain bagi membolehkan anda layak memilik rumah pertama mengikut kelayakan anda.

 

Rumah Mampu Milik Johor

 

Dengan kenaikan harga rumah yang tidak seimbang dengan peratusan kenaikan pendapatan seisi keluarga membuatkan ramai orang yang tidak mampu memilik hartanah di kawasan bandar atau kawasan strategi berhampiran dengan lokasi tempat kerja.

 

Dengan masalah yang berlaku ini, kerajaan Johor memahami dengan mewujudkan beberapa program yang dapat membantu  rakyat Johor dan salah satu darinya adalah Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ).

 

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah memilik hartanah mengikut tangga gaji yang telah di kategorikan.

 

Seperti yang terdapat dalam laman sesawang rasmi Portal Hartanah Johor, kerajaan negeri Johor ada menyediakan Projek Rumah Mampu Biaya, Lot Bumiputera, dan juga Program Perumahan Rakyat (PPR).

 

 

Portal Hartanah Johor

 

Kerajaan Johor amat prihatin tentang perihal kebajikan rakyat negeri. Menerusi portal ini kerajaan boleh mengendali perihal permilikan rumah dan memperkasakan rakyat Johor berpendapatan rendah untuk menjadi pemilik rumah pertama.

 

Sistem e-Rumah Johor telah ditubuhkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor Bahagian Perumahan untuk memudahkan rakyat untuk memohon Rumah Mampur Milik Johor (RMMJ), Lot Bumiputera, dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

 

Bahagian Perumahan ini juga bertanggungjawab untuk mengawal pengagihan rumah kos rendah dan kedai sederhana rendah swasta.

 

Misi jabatan ni adalah untuk menjaga kepentingan pemilikan rumah bumiputera dalam pemasaran hartanah jenis dan juga menyelenggara, mengekalkan, dan menjaga kemudahan rumah sewa awam seperti PPR.

 

Jika anda lahir dan menetap di Johor anda sangat bertuah

 

Mari kita ambil tahu tentang Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dan sistem e-Rumah Johor bagi memudahkan anda memahaminya dengan gembira.

 

Rumah Mampu Milik Johor

 

 

Apa Itu Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)?

 

RMMJ adalah rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor, di bawah Projek Rumah Mampu Biaya.

 

Tujuan utamanya adalah untuk menawarkan skim yang boleh membantu golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) yang menetap di negeri Johor.

 

Cara untuk memohon mana-mana rumah RMMJ di bawah kerajaan negeri Johor sekarang sangat mudah, sebab semuanya melalui online di laman web e-Rumah Johor.

 

Tonton video durasi 1 minit 20 saat di bawah sehingga habis.

 

@azuandyaradi

Hartanah Johor Murah #realestate #perundinghartanah #hartanah #property #tipsbelirumah #belirumah #tipsrumah #foryou #fyp

♬ original sound – Azuandy Aradi – Azuandy Aradi

 

 

Kebaikan e-Rumah Johor

 

e-Rumah Johor merupakan sebuah portal online yang dikendali oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (Bahagian Perumahan Johor) untuk memudahkan proses pembelian rumah.

 

Antaranya adalah maklumat berkenaan projek terkini, sebut harga/tender, panduan pinjaman perumahan, syarat dan cara permohonan perumahan, dan juga sebagai sebuah platform untuk memohon untuk projek perumahan.

 

Harga mampu milik dan sesuai untuk keluarga

 

Kesemua projek perumahan ni pun agak baik kerana kebanyakannya mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik air, dibina berasaskan konsep sekeluarga hidup selesa bersama, dan dijual dengan harga yang mampu dimiliki !

 

Rumah Mampu Milik Johor

 

Jenis Rumah Harga Rumah Had Maksimum Pendapatan
Rumah Mampu Biaya A RM 42,000.00 RM 4,000.00
Rumah Mampu Biaya B RM 80,000.00 RM 6,000.00
Rumah Mampu Biaya C RM 150,000.00 RM 8,000.00
Rumah Mampu Biaya D RM 250,000 – RM300,000 RM 10,000.00
Kedai Kos Sederhana RM 200,000 RM 13,000.00

 

Anda hanya perlu pastikan yang anda layak dulu, sebelum memohon dan memilih projek rumah yang sesuai dengan kelayakan anda.

 

Pastikan sebelum memohon

 

Rumah Mampu Milik Johor

 

 

Syarat Kelayakan Permohonan

 

Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)

 

Kelayakan untuk memohon Rumah Mampu Biaya adalah seperti berikut:-

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun ke atas
  • Menetap di Johor selama 10 tahun
  • Tak melebihi had pendapatan seisi rumah:
    • RMB A – RM4,000
    • RMB B – RM6,000
    • RMB C – RM8,000
    • RMB D – RM10,000
    • KKS – RM13,000
  • Berkahwin / bujang boleh memohon
  • Hanya SATU permohonan bagi pasangan suami / isteri
  • Permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon
  • Pemohon / pasangan yang telah memiliki RKR selama 10 tahun ke atas layak memohon rumah kedua (RMB B)
  • Hanya SATU pemilikan Kedai Kos Sederhana (KKS) di Johor
  • Pemohon / pasangan yang memiliki Rumah Kos Sederhana / Rumah Mampu Milik / Rumah TAK LAYAK untuk memohon
  • Pemohon / pasangan yang memiliki RKR / RKSR / PKJA / PKJB boleh mohon RMB C dan RMB D
  • Tempoh SAH pendaftaran rumah adalah DUA TAHUN dari tarikh pendaftaran

 

Rumah Mampu Milik Johor

 

 

Cara Mohon Untuk Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)

 

Untuk memohon mana-mana projek Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) yang ada, anda hanya perlu ikut tiga langkah utama kat bawah ni:

  1. Mendaftar akaun baru di sini jika masih belum mempunyai akaun
  2. Login ke akaun SUKJ untuk kemaskini maklumat
  3. Pilih projek perumahan dan hantar permohonan

 

Bagi permohonan RMMJ, anda perlu menghantar dokumen di kaunter sepanjang tempoh pengiklanan. Jika anda layak, anda akan dipanggil untuk proses pengundian.

 

Untuk Lot Bumiputera, pemohon akan dimaklumkan untuk proses seterusnya. Manakala untuk PPR, hanya pemohon yang layak akan dipanggil balik untuk sesi temuduga.

 

Status permohonan boleh disemak dengan langkah-langkah ni:

  1. Kunjungi laman web semakan permohonan di sini.
  2. Masukkan nombor kad perkenalan dan klik ‘cari’.
  3. Status permohonan anda akan dipaparkan, dengan sebab jika tidak layak.

 

Pembeli hanya boleh membuat permohonan semasa projek diiklankan, dan permohonan tidak akan diterima lagi selepas tarikh tutup pengiklanan.

 

Cara Permohonan RMMJ

 

 

 

[siteorigin_widget class=”WP_Widget_Custom_HTML”][/siteorigin_widget]
[siteorigin_widget class=”Getresponse\\WordPress\\GrWidget”][/siteorigin_widget]

2 Responses

  1. Acap
    | Reply

    rumah makin mahal skrg ni.. korang yang nak cari rumah mampu milik boleh usha2 tekan link ni.. ramai golongan b40 beli rumah dengan dia ..? benahous.com

    Taip benahous.com di google . kat situ banyak rumah mampu milik

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...