Perasmian CEO

with 1 Comment

Baru Terfikir Sekarang

 

Sebelum ini membuka pejabat baru adalah bukan matlamat dan misi saya, kerana pejabat sedia ada di MSAA Solutions (M) Sdn Bhd sudah lebih memadai.

Dengan kelengkapan peralatan pejabat dan staf yang ada tidak mungkin saya akan membuka pejabat baru semata-mata kerana sebuah syarikat baru yang mana “nature business” berlainan dengan syarikat sebelum ini.

 

Benda boleh jimat kita kasi jimat

 

Syarikat baru ini wujud pada tahun 2017, beroperasi hanya di rumah dan menggunakan alamat rasmi pejabat di MSAA. Portfolio syarikat ini berkenaan hartanah dan ianya di buat secara kecil-kecilan di Weebeli Sdn Bhd.

Menguruskan hartanah saya dan isteri, menguruskan bilik-bilik sewa kami dan penyewa sedia ada, sekadar menjadikan ianya lebih teratur dan secara sistematik.

 

Tak Buang Masa

 

Tahun bersilih ganti sehingga saya di perkenalkan seorang hamba Allah SWT yang mana beliau seorang geng surau (senang kata jika solat lima waktu sentiasa akan jumpa beliau) menawarkan peluang yang ada berkait rapat dengan perniagaan hartanah saya.

Kita usahawan akan melihat masalah adalah sebuah peluang, jadinya ini adalah peluang bagi saya untuk memberikan suntikan baru kepada perniagaan hartanah saya.

Dari urusan jual/beli, bank, peguam dan Property Legacy, satu kitaran yang lengkap End to End Process.

 

Azuandy Aradi Agency

Perasmian Azuandy Aradi Agency 07hb April 2021 (24 Syaaban 1442 Hijrah)

 

Perasmian CEO Teras Legacy Sdn Bhd di Azuandy Aradi Agency (AAA)

 

Perasmian CEO oleh Dr Haji Redzuan Jaafar bersama founder Haji Mohd Kamarul Ali, Haji Hisham Taib dan Haji Jefri Othman bersama-sama hadir ke majlis perasmian kecil kami di Azuandy Aradi Agency (AAA).

 

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy Sdn Bhd di Azuandy Aradi Agency (AAA)

 

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy

Tandatangan oleh Dr Haji Redzuan Jaafar

 

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy

Saya bersama Dr Haji Redzuan Jaafar

 

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy

Saya bersama Founder Teras Legacy

 

Kami mulakan majlis perasmian dengan Solat Magrib berjemaah di ikuti majlis Yasin dan Tahlil selepas itu Insyak berjemaah. Bulan di berkati pada bulan Syaaban ini sebelum masuk bulan Ramadhan.

 

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy

Bacaan Yasin dan Tahlil

 

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy

Bacaan Yasin dan Tahlil

 

Perasmian Dr Haji Redzuan Jaafar CEO Teras Legacy

Bacaan Yasin dan Tahlil

 

 

Pembahagian Emas 999.9 Kepada Pemenang 

 

Pada tahun 2020 Disember pihak syarikat ada membuat satu cabaran dan kami telah berjaya menyahut cabaran tersebut dengan tenang dan berjaya memiliki emas sebanyak 3 gram.

 

Emas 999.9 FREE siapa taknak

 

Saya sendiri secara tenang menerima emas 999.9 sebanyak 3 gram

 

Mohd Hanif juga berjaya mendapatkan emas 999.9 sebanyak 3 gram

 

 

Sedikit Perkongsian Tentang Hala Tuju Agensi Kecil Kami

 

Kami tahu kami tidak la sebesar seperti agensi-agensi lain tetapi kami mempunyai impian untuk membantu lebih ramai lagi supaya sama-sama bersama kami menaikan ekonomi keluarga.

Jika tidak banyak, sekurang-kurangnya ada lebihan untuk membeli barang dapur setiap bulan 🙂

Dr Haji Redzuan Jaafar pesan, semua perkara bermula dari kecil

 

Mana mungkin ada yang besar jika tidak di mulakan dari yang kecil

 

Sedikit ucapan sepatah dua dari saya

 

Anda semua sangat awesome #AAATeam

 

Dr Haji Redzuan Jaafar berkongsi pengalaman pejabat di Car Porch rumah beliau

 

Pandangan beliau sangat membantu untuk #AAATeam

 

Perkongsian idea-idea menarik

 

 

Kami baru terfikir ianya perkara mudah tetapi tidak di buat

 

 

Ucapan penutup sebelum kita makan 🙂

 

Terima Kasih Kepada Yang Hadir

 

Terima kasih yang dapat menghadirkan diri ke majlis ringkas Azuandy Aradi Agency (AAA).

Terima kasih kepada #AAATeam Halimah, Hanif, Kashpi, Amirul, Azizi, Fifi, Haji Ismail, Nizar, Shahrosli.

Kami tak ramai, tetapi kami sentiasa ada jika anda perlukan kami 🙂

[siteorigin_widget class=”WP_Widget_Custom_HTML”][/siteorigin_widget]

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...