Memang tak patut sunguh
Dalam mengharapkan kesedapan dan keserasian perut apabila penat berkayuh akhirnya ini yang kami dapat.
Sangat mengimpikan haruman yang wangi dan rasa yang enak tetapi di hidangkan kopi pahit pisang keras.
Pahit yang amat
Sebenarnya kopi ni memang pahit ke? Atau si peminum tegar acah-acah rasa sedap?
Hanya peminum kopi yang tegar seperti saya akan merasa kesedapan yang nyata 🙂
Tenang
Memang la kopi rasa pahit…
Nak rasa manis letak gula banyak…
Jangan kecam saya kerana saya juga minum kopi pahit tanpa gula.
Maafkan saya
Topik kali ini tersasar dari tajuk perniagaan atau perkara-perkara lain yang dapat membuatkan anda terinspirasi ingin berniaga.
Topik kali ini adalah perkara yang saya hendak berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan aktiviti hujung minggu saya.
Aktiviti sihat
Pelbagai aktiviti sihat yang kita boleh lakukan sama ada berlari, berenang, berbasikal atau apa sahaja yang melibatkan kardio (jantung).
Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan kayuhan 160km saya.
Kayuhan 160km
Perjalanan dari Anjung Nusajaya ke Rengit Pontian adalah 80km dan patah balik semula ke Anjung Nusajaya 80km, jadinya jumlah keseluruhan adalah 160km.
Drama
Tidak semua perkara yang kita rancang berjalan dengan baik dan tak semua benda yang kita jaga baik akan sentiasa dalam keadaan yang baik.
Semasa kami sedang minum di Rengit Coffee tiba-tiba kedengaran sesuatu yang agak kuat seperti bunyi tembakan, tetapi dengan gaya yang tenang dan bersahaja saya masih meneruskan minum air kopi yang panas tanpa memperdulikan apa yang berlaku.
Mereka yang lain bergegas ke tempat kejadian dan melihat apa yang berlaku.
Tepat jangkaan mereka bunyi tersebut datang dari tayar basikal yang meletup.
Tayar meletup
Dan bahagian yang paling best, tayar basikal tersebut adalah tayar basikal saya…
Game over
Nak di jadikan cerita kedai basikal yang berada di Rengit tidak menjual tayar basikal road bike ukuran size 700 x 25.
Boleh seronok buat apa nak sedih
Alhamdulilah syukur kepada Allah SWT bukan tayar meletup masa tengah berkayuh, tetapi masa tengah minum kopi.
Nak order Grab satu driver pun tiada. Nak naik bas driver tak bagi naik sebab ada basikal.
Bas tak bagi naik
Dalam pada masa yang sama saya menelefon sahabat saya yang berada di Chokoh Pontian meminta pertolongan untuk pickup dan menghantar semula ke Anjung Nusajaya.
Di dalam waktu menunggu dari KFC ke Petronas lalu ke perhentian bas seorang hamba Allah memerhatikan saya dan memberi bantuan.
Benda boleh naik 4×4 buat apa nak kayuh
Cerita yang seronok bertambah seronok dan nak di jadikan cerita, hamba Allah yang membantu saya memberi bantuan pinjaman tayar basikalnya kepada saya.
Tayar basikal dia kepada basikal saya
Bukan senang sesoarang nak bagi tayar basikalnya sedangkan dia tidak mempunyai tayar basikal baru.
Selesai sahaja menukar tayar basikal tersebut, 4×4 sampai di depan rumahnya.
Minum dulu
Selesai menukar tayar saya di jemput untuk minum dan makan kudap-kudapan.
Pisang keras
Pisang keras yang di maksudkan adalah Pisang Rangup yang sedap harus di cuba apabila anda datang ke Rengit. Di sebelah kiri jalan sebelum sampai ke pekan Rengit.
Hamba Allah yang membantu saya adalah seorang peniaga Goreng Pisang Rangup Rengit.
Pelbagai jenis goreng-gorengan/kudap-kudapan yang ada di kedai Pakcik Zakaria ini. Jika anda lalu di kawasan ini harus singah dan pekena Pisang Goreng Rangupnya.
Pisang Goreng Rangup Rengit
11.30 pagi – 6.30 petang
013-726 8884
Misi gagal
Mereka semua happy ending dengan kayuhan yang mantap dah padu back to back, tetapi saya juga happy ending dengan makan sahaja.
Misi 160km ini harus di ulang pada masa akan datang.
Misi kayuhan 160km
Alhamdulilah kami kembali semula di tempat kami bermula Anjung Nusajaya tanpa ada kecederaan atau kemalangan.
Kesimpulan kayuhan Nusajaya ke Rengit
Jalan yang agak mendatar (flat route) dan bukit kurang tinggi (elevation) sangat sesuai membuat kayuhan secara berkumpulan.
Nusajaya > Gelang Patah
- Jalan agak sibuk sedikit dan mempunyai bahu jalan yang sangat luas.
Gelang Patah > Ulu Choh
- Bahu jalan yang agak sempit pada permulaan dan di ikuti bahu jalan yang luas.
Ulu Choh > Pekan Nenas
- Bahu jalan yang sempit sedikit dan terdapat banyak kenderaan.
Pekan Nenas > Kampung Sawah > Kampung Seri Menanti > Kampung Api-Api
- Laluan sepanjang 28km yang sangat rata (jalan kampung), tidak banyak kenderaan dan sangat sesuai untuk menguji tahap kelajuan kayuhan anda (boleh pepah buat apa nak kayuh perlahan).
Simpang Kampung Api-Api > Rengit
- Laluan penghubung pekan ke pekan dengan kenderaan yang agak laju dan mempunyai bahu jalan untuk laluan motor (kayuh dalam kawasan lorong ini).
- Bahu jalan agak tidak rata kerana berlaku mendapan tanah (hati-hati).
Perjalanan satu hala dari Nusajaya ke Rengit
Semua aktiviti di atas anda boleh lihat secara terperinci di dalam Garmin dan Strava saya di bawah:-
Garmin Connect Azuandy Aradi – Click Here
Strava Azuandy Aradi – Click Here
Apa lagi klik follow dan komen la… 🙂
4 Responses
Hairul
Cayalah boss. Boleh ajarkan macam mana nak online kan produk saya bos.
Azuandy Aradi
Cayalah kepada anda juga kerana sudi membaca artikel saya. Boleh Insya Allah. Bahagian mana yang nak belajar tue…
Hurun Ain Hasan
Terbaik coach
Azuandy Aradi
Terima kasih Hurun Ain 🙂