Berapa Nak Kena Bayar

with No Comments

Berapa nak kena bayar sebulan untuk memilik rumah idaman?

Kita selalu tertanya berapa kelayakan kita untuk membeli sebuah rumah?

Kena gaji berapa?

Kena bayar berapa?

Apa yang bank nak tengok pada gaji kita?

Apa yang melayakan kita nak beli sebuah rumah?

Dan bermacam persoalan lagi.

Memang agak pening, tapi itu la nak buat macam mana…

Kita kan rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia

Orang muda

Orang muda lepas graduate kebiasaanya akan target untuk membeli sebuah kereta idaman terlebih dahulu, kalau boleh paling maksimum bayaran sama macam gaji dapat sebulan.

Jangan risau saya pun dulu macam itu juga…

Nasib baik bank tak bagi pinjam lebih. Kalau tak gaji saya dulu RM1500 dan nak bayar kereta sebulan RM1400.

Kerja gila

Cuma saya nak berikan sedikit nasihat di sini, kalau boleh tahan nafsu itu terlebih dahulu sila tahan, sebab saya nak bagi nasihat orang muda di luar sana.

Harga rumah semakin mahal, jika bukan sekarang bila lagi anda nak memiliki sebuah rumah idaman.

Kira-kira

Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau Rumah Mampu Biaya Johor  bermula dari RM42,000.00 sehingga RM150,000.00

Itu pun ada syarat nak memilik rumah RMMJ ni. Anda boleh klik tulisan RMMJ di atas dan sila baca sendiri.

Kebiasaan bank akan beri pinjaman paling maksimum iaitu 35 tahun. Jika umur anda 25 tahun, habis bayar nanti umur 60 tahun.

Dah pencen baru habis bayar 🙂

Pencen nanti baru habis bayar

Bayaran sebulan

Beli rumah tiada masalah, tapi nak membayarnya haruslah kena displin.

Kalau beli rumah berharga RM42,000.00 berapa nak kena bayar sebulan?

RM205.00 bayaran sebulan selama 35 tahun dengan interest rate 4.7% (saya ambil yang paling maksimum). Baca di sini

Ok tak? 🙂

Saya ada bagi table bayaran sebulan berapa dan harga rumah berapa yang mampu anda beli.

Contohnya anda mampu bayar harga RM800 sebulan dan harga rumah yang anda mampu miliki adalah berharga RM165,000.00 dan begitu lah seterusnya.

Mampu bayar bukan lah di tetapkan oleh anda sendiri tetapi bergantung kepada DSR anda tau…

Apa itu DSR nanti saya ceritakan pada artikel seterusnya.

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...