Jangan Berniaga

with No Comments

Jangan Berniaga

Jangan berniaga nanti rugi, kemudian hari menyesal, lepas tu masuk kerja balik!

Kita selalu mendengar ungkapan tersebut mungkin dari sahabat atau dari keluarga terdekat kita

Mungkin kita telah di momok-momokan dengan ayat-ayat tersebut dari semenjak kecil

Jika kita perhatikan kedua orang tua kita selalu berpesan

Belajar rajin-rajin esok dah besar boleh kerja yang bagus-bagus

Jarang-jarang kita dengarkan mereka berkata belajar rajin-rajin esok dah besar boleh jadi ahli perniagaan yang kaya raya dan berjaya…

Tapi tak mengapa walau bagaimana pun mereka adalah kedua orang tua kita yang harus di taati

Mereka mungkin kurang di dedahkan dengan dunia perniagaan

Jadi apa tindakan anda sebagai generasi Gen Y?

Adakah anda ingin mengekalkan ayat keramat tersebut turun termurun sehingga ke cucu cicit anda?

Pasti anda tahu yang mana terbaik untuk anak anda…

Tak semua perniagaan menjadi seperti apa yang di fikirkan oleh semua orang kebanyakan…

Tak semuanya menjadi kaya seperti apa yang di gambarkan oleh semua orang kebanyakan…

Tak semuanya dapat bertahan lama seperti mana yang difikirkan oleh orang-orang disekeliling anda fikirkan…

Tapi bagaimana anda hendak menangkis kesemua ion-ion negatif ini dari terus masuk ke dalam kepala otak anda?

Berniaga tidak semudah yang difikirkan, tapi bagaimana perlaksanaan tersebut menjadi kenyataan adalah terpulang kepada anda untuk mencorakannya…

Untung atau rugi anda juga yang menentukannya…

Adakah anda ingin memulakanya dari sekecil-kecil yang anda termampu!

Adakah anda ingin meminjam dari saudara mara untuk memulakan perniagaan!

Tengok kocek tanya orang sebelah…

Apa pun alasan anda jika tidak di turut sertakan dengan tindakan ianya akan menjadi hangit-hangit tahi ayam…

Itu yang banyak kita dengarkan keluhan dari semasa ke semasa manusia di luar sana bercerita sesama sendiri.

Terlalu banyak alasan sehingga tiada satu tindakan yang dapat di lakukan

Bila bercakap tentang alasan yang boleh menimbulkan permasalahan itu dan ini, mereka yang mendengar terutama orang berhampiran anda akan menganguk kepala tanda setuju yang mengiakan bila berniaga akan rugi…

Percaya atau tidak cuba ceritakan keinginan anda untuk berniaga dengan orang berhampiran anda dan saya pasti apa yang saya katakan adalah betul 99 peratus

Berkawan dengan orang yang telah berniaga dan terbukti berjaya perniagaan mereka

Bertanya kepada mereka apa yang perlu di lakukan untuk memulakan perniagaan

Saya yakin mereka akan bercerita sedikit demi sedikit tentang sejarah mereka memulakan perniagaan…

Korek rahsia mereka seberapa banyak yang boleh dan tanyakan apakah tips-tips yang boleh membantu anda menjadi seorang peniaga seperti mereka

Jangan sombong dan jangan membantah apa di perkatakan oleh mereka, jadi sebagai seorang pendengar yang setia

Ambil apa yang bagus dan boleh di guna pakai sebagai panduan untuk perniagaan anda

Ikut-Ikut Berilmu

Orang berniaga anda pun nak berniaga

Tapi cukup kah ilmu di dada untuk menghadapi rintangan sebagai seorang peniaga yang tegar?

Jangan kedekut untuk keluarkan sedikit duit untuk melabur ke ilmu yang bermanfaat

Tiada satu pun ilmu yang boleh di kategorikan sebagai membazir selagi tidak bertentangan dengan ilmu Allah SWT.

Jadikan pelaburan ilmu sebagai sebagai pelaburan yang memberi manfaat dari semasa ke semasa

Jika anda gagal di dalam perniagaan, jangan salahkan sesiapa kecuali diri anda…

Kerana anda yang menentukan hala tuju perniagaan anda…

Siapa pun anda, hebat macam mana pun anda…

Ikut mereka yang berjaya, berguru dengan mereka, jangan malu dan segan dan itu adalah tipsnya

 

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...