Kenapa cPanel

with 3 Comments

Kenapa cPanel?

cPanel adalah satu tempat di mana kita simpan segala data kita untuk terus berada di atas talian.

Contoh apa yang berada atas talian adalah website, blog atau e-commerce kita.

Ketiga-tiga perkara di atas memerlukan tempat untuk di simpan dan boleh di akses pada bila-bila masa sama ada pada paparan luar atau bahagian editor aka administration.

Jika kita mahir mengendalikan cPanel ianya akan menjadi mudah untuk kita pelbagaikan apa yang harus di buat sama ada berbentuk maklumat, penggunaan ataupun jualan.

Artikel berkaitan: Apa itu cPanel

 

Maklumat

Apa yang di maksudkan maklumat adalah seperti website perniagaan anda, yang mana ianya memaparkan maklumat berkenaan perniagaan anda. Apa sahaja yang berada dalam profil syarikat ada di dalam website tersebut. Dari hard copy kepada soft copy dan boleh di lihat pada bila-bila masa.

Blog juga boleh di jadikan sebagai blog informasi untuk berkongsi sesuatu kepada audience secara langsung. Jika ianya berbentuk maklumat yang berguna dan boleh di aplikasi di dalam kehidupan seharian atau perniagaan itu sendiri secara automatik ramai audience yang akan mengikuti blog tersebut untuk mengikuti perkembangan terkini.

Artikel berkaitan: 5 Tips Mudah Membina Laman Web

 

Penggunaan

Pengunaan secara efektif di dalam cPanel seperti emel syarikat, emel penolakan, emel balas secara automatik atau aplikasi yang di muat turun untuk penggunaan staff syarikat atau umum.

Penggunaan sepenuhnya di dalam cPanel ini dapat membantu memudahkan segala urusan untuk pengguna tersebut dari segi aspek SOP syarikat supaya berjalan dengan lancar.

Contohnya di sini adalah penggunaan emel syarikat secara bersistematik. Ada emel untuk jabatan pemasaran, emel untuk jabatan akaun, emel untuk jabatan sumber manusia dan setiap perkerja memiliki emel personal masing-masing.

 

Jualan

Bila kita bercakap tentang sebuah laman web yang boleh menghasilkan jualan secara langsung ianya bermula di dalam cPanel juga. Website jualan tersebut di gelar e-dagang (eCommerce).

Seronok jika boleh mencipta sebuah laman web yang boleh menjual secara konsisten tanpa perlu berbuat apa-apa.

Untuk menjayakannya harus memiliki skill tahap seorang IM level 99.99% (internet marketer). Tahu bagaimana untuk menarik pelanggan dan tahu membuat pelanggan cair dengan ayat-ayat copy writing yang menarik pelanggan secara tidak sedar.

Selain dari itu juga teknik menarik audience menggunakan sumber luaran juga amat penting contohnya seperti google ads atau facebook ads.

 

 

Memahirkan dan memahami cPanel dapat membantu kita nampak keseluruhan secara umum hala tuju perniagaan kita atau matlamat sebenar apa yang kita ingini.

Seperti dalam gambarajah di atas cPanel berada di tengah dan anak panah semuanya terkeluar di sekelilingnya, bergitulah kedaan sebenar apabila anda sudah mahir mengendalikan cPanel sendiri.

Tidak di katakan mudah, ianya perlukan masa dan seorang guru yang dapat membantu anda memahamkan kenapa perlu ada cPanel.

Tiga perkara yang di sentuh adalah Maklumat, Penggunaan dan Jualan hampir 90 peratus bermula di cPanel.

Jadi tepuk dada tanya selera di manakah anda harus bermula?

Adakah ianya berbaloi untuk jangka masa panjang?

 

Artikel berkaitan: cPanel untuk Bisnes

 

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...