Apa itu cPanel

with 2 Comments

Apa itu cPanel adalah perkara asas untuk membuat sebuah laman web, blog atau e-dagang. Untuk mencipta antara salah satunya, perkara asas ini perlu di mahirkan.

cPanel adalah panel web hosting kawalan berasaskan Linux yang menyediakan paparan dan alat perisian automasi yang direka untuk memudahkan proses untuk kita menjadi pemilik kepada laman web yang telah di cipta.

Dalam bahasa senangnya adalah paparan hadapan perisian yang mudah di fahami oleh manusia untuk mengawal selia apabila ingin mengunakanya.

cPanel mempunyai struktur 3 peringkat yang menyediakan keupayaan untuk pentadbir, menjual semula dan pemilik laman web iaitu pengguna akhir seperti di AzuandyAradi.Com untuk mengawal pelbagai aspek laman web dan mentadbir pelayan melalui pelayar web biasa.

Selain dari paparan pengguna grafik (GUI-graphical user interface), cPanel juga mempunyai baris arahan dan akses berasaskan pengaturcaraan antara muka perisian (API-application programming interface) yang membolehkan pembekal perisian pihak ketiga, organisasi web hosting (pembekal hosting), dan pemaju perisian (developers) untuk mengautomasikan proses atau sistem pentadbiran secara standard.

cPanel direka untuk berfungsi sama ada sebagai dedicated server atau pelayan persendirian (VPS-virtual private server). Di dalam dedicated server kita boleh menyewa sama ada keseluruhan server tersebut atau berkongsi bersama beberapa pelanggan lain. Tetapi jika kita adalah orang yang baru mengenali cPanel tidak salah untuk kita memulakan dengan berkongsi (share hosting).

Sokongan berasaskan aplikasi juga terdapat di dalam cPanel;

  • Apache
  • PHP
  • MySQL
  • PostrgeSQL
  • Perl
  • BIND (DNS)

Selain dari itu juga sokongan berasaskan email juga terdapat dalam cPanel;

  • POP3
  • IMAP
  • SMTP

Sokongan email ini contohnya adalah seperti ini, saya mempunyai nama syarikat MSAA Solutions (M) Sdn Bhd dan email personal saya adalah azuandy@msaa.com.my

Artikel berkaitan:  Bisnes Idaman

Jika anda tidak paham apa semuanya di atas, ianya adalah normal, kerana pada awalanya juga saya tidak paham apa keperluan aplikasi tersebut. Cukup sekadar anda tahu namanya.

Setelah dipasang dan di muat turun, cPanel tidak boleh dikeluarkan dengan begitu mudah. Di dalam FAQ (frequently ask question) cPanel menyatakan bahawa cara terbaik untuk “uninstall cPanel” adalah dengan memformat pelayan tersebut.

Apa pun alasan anda saya memang tidak nafikan ianya adalah sukar untuk di fahami. Tetapi untuk membuat sebuah laman web harus di mulakan dengan perkara asas ini, umpama ingin membina sebuah rumah dan cPanel menjadi tapak asas untuk rumah tersebut kukuh berdiri.

Jika anda tidak mahir dengan cPanel kemungkinan rumah tersebut tidak kukuh dan mudah roboh.

Untuk belajar perkara asas ini, saya cadangkan anda luangkan masa bersama orang pakar di dalam bidang ini dan jadikan mereka guru anda.

Jika saya kongsikan pengalaman saya mempelajari cPanel ini 10 tahun yang lepas ianya mengambil masa yang lama dan membosankan oleh kerana saya membaca dan membuat praktikal sendiri tanpa guru yang betul.

Saya ada satu tawaran bijaksana kepada anda yang mana anda tidak akan menyesal untuk mempelajari ilmu cPanel ini iaitu berguru dengan saya sendiri Azuandy Aradi secara LIVE!

Jika saya pelajari cPanel ini selama 2 tahun, tetapi anda akan mempelajarinya hanya 2 hari sahaja.

Tawaran dan maklumat lanjut berada pada butang di bawah;

 

 

KLIK DI SINI

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...