Pembeli atas talian hari ini bergantung kepada telefon pintar untuk mengimbangi pelbagai kepentingan dan tugas-tugas mereka. Selain komputer riba, pengguna kini beralih pada telefon pintar, tablet dan juga smartwatches untuk mendapatkan maklumat.
Artikel Berkaitan: Tujuh Langkah Sebelum Mula
Dengan teknologi dan kelajuan komputer mudah alih yang semakin cepat berbanding sebelum ini, pemasaran mudah alih (mobile marketing) adalah tidak lagi hanya menjadi pilihan dan ia hanya telah pun berlaku beberapa bulan yang lalu. Hari ini, usahawan yang mahu membina hubungan dengan pelanggan perlu bergerak seiring dan bersama dengan mereka di atas kapal yang sama.
Jika strategi pemasaran anda terpaksa untuk berjaya pada tahun 2017 ini, empat tips sukses mobile marketing 2017 ini akan menjadi kunci utama.
1. Pastikan anda mempunyai laman web yang boleh menjual dan mesra mudah alih (mobile friendly).
Jika anda memiliki laman web pastikan ianya adalah mesra mudah alih (mobile friendly). Maksudnya jika di lihat pada paparan pada Desktop, Laptop, Tab atau smart phone ianya masih boleh di lihat dengan sempurna tanpa merosakan keadaan theme atau fungsi web tersebut.
Kebanyakan peniaga-peniaga yang membuat urusan di atas talian hanyalah membuat jualan secara manual dan bukan secara full online.
Kenapa manual dan bukan full online?
A. Manual Online
Waktu Perniagaan: Bila mata celik – kita terlibat
Platform Produk: Facebook atau Instagram – kita terlibat
Pemasaran Produk: Facebook atau Instagram (ramai peniaga Malaysia gunakan) – kita terlibat
Tempahan Produk: WhatsApp, Telegram, Facebook messenger, Instagram atau lain-lain – kita terlibat
Database Pelanggan: Simpan dalam Excell atau buku nota (itupun kalau buat) – kita terlibat
Alamat Penghantaran: Di tulis secara manual – kita terlibat
Invoice/DO: Snap gambar lepas tu masuk kan dalam packaging produk tersebut – kita terlibat
Pembayaran: Transfer online dan tunjuk bukti – kita terlibat
Proses Kenal Pasti: Pembayaran yang telah jelas akan di cek semula ke akaun bank – kita terlibat
Penghantaran: Syarikat logistik laju atau perlahan – kita terlibat
10 kali – kita terlibat
B. Full Online
Waktu Perniagaan: Buka 24 jam tak tutup 24/7/365
Platform Produk: Website e-Commerce
Pemasaran Produk: Facebook, Instagram, SEO (sekali buat je), email marketing – kita terlibat
Tempahan Produk: Bakul tempahan (order cart)
Database Pelanggan: Sistem tolong simpankan
Alamat Penghantaran: Sistem tolong rekodkan
Invoice/DO: Sistem dah siap-siap bagi dan suruh buat pembayaran
Pembayaran: Payment gateway (online direct transfer, debit atau credit card)
Proses Kenal Pasti: Payment gateway hantar email verify Payment Success
Penghantaran: Syarikat logistik laju atau perlahan – kita terlibat
2 kali – kita terlibat
So… A atau B menjadi pilihan anda? Jika kita lihat apa yang berada di A dan B perbezaan “kita terlibat” agak ketara. Apa pun ini adalah idea untuk anda membuat sesuatu sekiranya anda betul-betul hendak mengubah hasil jualan anda.
Jika anda bukan berada di dalam satu kapal dan bergerak dengan teknologi bersama mereka yang sentiasa terdedah kepada teknologi ini, anda akan ketinggalan jauh.
Mewujudkan pengalaman mudah alih (mobile friendly) yang mesra dan memperkemaskan proses checkout (pembayaran) pelanggan akan membuatkan web anda kelihatan perbezaan yang ketara (baru la boleh jadi money never sleep).
Gunakan login media sosial untuk mengurangkan kerumitan untuk membuat akaun di website kita. Pelanggan tidak mempunyai masa untuk memikirkan semula pembelian dan lebih cenderung untuk menangguhkan pembelian semula produk. Matlamat ini adalah untuk laman web mudah alih yang mesra untuk memastikan pengguna keluar dan masuk secepat yang mungkin.
Contoh website e-dagang (e-commerce) saya SafetyGear.My dan Weebeli.Com
Weebeli.Com masih lagi dalam proses untuk mencari vendor.
Artikel Berkaitan: 3 Sebab Harus Ada Web
2. Tawaran diskaun dan kupon.
Pembeli dalam talian hari ini mengambil peluang dari kupon yang di tawarkan. Satu kajian baru-baru ini mendedahkan bahawa 96 peratus daripada pengguna yang mengambil bahagian berkata mereka menggunakan kupon. Apatah lagi, kadar penebusan kupon mudah alih telah terbukti menjadi sepuluh kali lebih tinggi berbanding dengan kupon yang dipotong dari majalah ataupun surat khabar.
Insentif kepada bekas pelanggan dengan memberi kupon dan tawaran menarik berganda supaya mereka melakukan belian ulangan. Manakala untuk bakal pelanggan anda pula boleh memberi sesuatu untuk mewujudkan kepercayaan mereka kepada anda.
Teknik ini akan boleh membuatkan pelangan sedar dengan tawaran terbaru anda melalui emel pemasaran (email marketing) atau melalui media sosial. Promosi ini juga boleh di guna pakai untuk pelangan yang datang ke kedai atau melalui kawasan perniagaan anda untuk penebusan kupon di atas talian.
Contohnya di sini;
Harga belian di kedai RM100.00
Sekiranya menggunakan kuopn ini dengan belian di atas talian harganya akan menjadi RM80.00
Penjimatan sebanyak RM20.00 atau 20 peratus diskaun (tekan kan di sini)
Artikel Berkaitan: Kajian Pembeli Atas Talian di Malaysia
3. Membuat bayaran mudah alih dengan lebih mudah.
Satu perkara lagi yang harus ada pada setiap perniagaan atas talian dari momentum e-dagang ini adalah mewujudkan transaksi pembayaran secara mudah dengan mewujudkan “Payment Gateway“. Anda akan nampak kesanya dengan cara ini lebih mudah dan selamat apabila duit akan masuk dengan sendirinya tanpa anda perlu membuat semakan setiap belian berlaku (hanya tunggu emel pengesahan duit masuk).
Saya setuju tak semua pembeli percaya kepada belian atas talian, tetapi anda harus percayakan mereka dengan apa yang anda ada bagi mewujudakan kepercayaan mereka contohnya, anda boleh memberi jaminan “money back guarantee” sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini berlaku.
Apa yang saya dan team saya buat di SafetyGear.My adalah dengan membuat “money back guarantee” dan sekiranya ada kesilapan dari pihak SafetyGear Team, kami akan memberi hadiah secara percuma kepada pelanggan kami. (cuba elak kan pemulangan duit, jika boleh dan tawar kan sesuatu yang berbaloi kepada mereka)
Tindakan pembeli yang membeli atas talian akan di susuli dengan pembayaran ke akaun anda tanpa menunggu masa yang lama. Jadi peluang keemasan ini yang anda harus gunakan dengan sebaik mungkin. Dalam masa lima minit mungkin pembeli boleh mengubah hati untuk tidak membeli.
Penyelidikan platform pembayaran (payment gateway) yang selamat yang akan membolehkan perniagaan anda lebih mudah dan bekerja tanpa henti walaupun dalam keadaan anda sedang bercuti.
4. Gunakan media sosial untuk pandu mereka ke web anda.
Dengan pengguna media sosial semakin bertambah dan menaik setiap tahun, kita harus sekali di dalam kapal ini. Gunakan facebook, instagram, twitter atau lain-lain untuk tarik bakal pelanggan anda dan memberitahu tahu tentang kewujudan perniagaan anda.
Ingat satu perkara bahawa media sosial bukan milik anda dan gunakan mereka untuk pandu ke web anda secara tidak langsung mendapat maklumat dari emel mereka dengan tawaran yang di berikan kepada mereka.
Contohnya di SafetyGear.My kami memberi tawaran pelekat nama percuma dengan mereka mengisi maklumat nama dan emel untuk kami mencetak nama mereka. Di sini satu pelekat nama dengan satu emel. Saya akan gunakan emel mereka dengan menghantar tawaran-tawaran menarik atau maklumat produk terbaru di masa hadapan.
Cuba lihat semula apakah “marketing tools” yang di gunakan untuk menjadikan web anda adalah tempat terakhir untuk mendapatkan maklumat dan jualan.
Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...