Orang Kata Aku Gila

with No Comments
ORANG KATA AKU GILA! Orang ketawa kan aku sebab buat kerja gila. Bukan sekali atau pun dua kali, tapi berkali-kali, ada pula yang ketawa kecil dan mengejek secara tidak langsung. Mana tidaknya apa yang aku lakukan hanyalah syok sendiri dan sukar untuk di fahami…
 
Mungkin di antara ko org semua ada cerita masing-masing yang lebih mendukacitakan atau mengembirakan…
 
Tetapi aku ingin berkongsi tentang diri aku yang sentiasa kekurangan dan dahaga kan air masak… (yang ni aku gurau je la)
 
Aku telah dedahkan dengan dunia perniagaan semenjak di bangku sekolah rendah lagi walhal aku sendiri tak paham ape benda itu perniagaan, aku dipaksa untuk bangun awal pagi untuk membantu kedua mak bapak aku menjual nasi lemak & mee hoon goreng taucu bungkus pakai daun pisang dari rumah ke rumah itu jam harganya adalah rm0.50 sebungkus…
[su_spacer size=”20″]
Gambar Nasi Lemak dari Google
[su_spacer size=”20″] 
Sebelah tangan pegang bakul nasi lemak dan sebelah lagi pegang bakul meen hoon goreng taucu…
 
Aku memanjat dari bangunan ke bangunan ketuk setiap deretan rumah ke rumah menjual produk tersebut
 
Jangan ko org fikir bangunan tue adalah apartment ataupun kondo, ianya adalah rumah flat 4 tingkat yang takde lift, so ko org boleh bayangkan macam mana rasa penat naik satu tingkat ke tingkat yang lain, itu belum masuk pergi bangunan sebelah yang lain pulak…mau tidaknya aku meradang hentak-hentak kaki nangis sebab tak nak buat keje tue, nama pun budak kecik (yang ni aku tambah supaya ko org feel apa yang aku feel)
So dipendek kan cerita bila aku sekolah petang aku akan buat job di pagi hari…dan apabila aku bersekolah di sesi petang pulak aku akan bawak produk (dulu aku tak panggil produk pun sebenarnye) tersebut ke sekolah jual ngan member-member!
 
Tapi yang ni paling sadis sebab dah la bawak buku berat sampai mengelebeh jatuh bahu, lepas tue kena bawak nasi lemak lagi dalam plastik ???
 
Ok yang tue aku pasrah lagi sebab masa tue aku tak kenal erti malu dan tak tau malu (ko org ingat senang ke nak convince dan paksa member2 beli produk yang aku bawak tue, ini belum masuk yang beli hutang) masa tue aku tak kenal lagi apa itu term… ? so mana yang hutang, aku tulis dalam buku nota kecik aku dan di bawa ke mana-mana masa sesi persekolahan… (yang ni aku dah jadi macam along, tapi tak kenakan bunga)
 
So apabila umur aku meningkat sekitar darjah 5 ke 6 aku dah mula rasa malu-malu nak jual produk aku konon-konon nye aku nak cari bisnes lain yang lebih senang dan menguntungkan…
[su_spacer size=”20″] 
On the way balik dari Australia
 
 [su_spacer size=”20″]
So aku cuba buat beli majalah bola dan stem kononye majalah boleh bagi orang baca secara sewa dan stem jual balik (bukan stem biasa-biasa tapi stem rare dan menarik). Akhirnya aku kecundang juga sebab ramai yang baca tapi tak reti nak bayar dan stem lepas orang tengok kene cilok…
Aku mula faham risiko yang aku tempuhi dan hadap depan mata kepala aku sendiri…Aku stuck setakat di situ…
 
Aku mula balik membantu mak bapak aku membuat jualan, tapi kali ni bukan jualan di sekolah tetapi jualan di gerai menjadi tukang kipas sate bergaya lagi kacak ? (ko orang tak rasa apa yang aku rasa,sebabnye hari-hari baju aku bau asap arang yang busuk lagi tengik, hanya aku je yang feel bau tue)….
 
Bila time bulan puasa tapak bazar ramadhan mesti tak miss, sebab masyuk beb, jualan hanya beberapa jam sale beratus… (jangan di tanya aku puasa yok-yok ataupun tidak, namanye pun budak kecik almaklum la)
 
So aku dah tau apa itu ROI (return of investment) tapi masa tue tak la aku panggil ROI, yang aku tau modal berapa, sale berapa, huntung berapa… (kalau bahasa ROI tue aku dah tau, mesti aku jadi macam jack ma-yang ni aku tambah bagi jadi perisa barbeque)
 
Ko orang bayangkan masa tue aku dah mula buat loan dengan bapak aku untuk mula bisnes, aku jual rojak buah siap sub buat kuah rojak dekat bapak aku balik. Time tue aku dah mula gajikan pekerja sorang bayar gaji jam (3 jam kerja rm15) huntung bisnes 1 hari jualan kadang-kadang boleh jejak rm100 (so kira la sendiri sebulan aku boleh dapat berapa) lagi masyuk dari orang kerja makan gaji…
 
Dari cerita aku di atas sebenarnya aku nak bagi tahu yang aku pandai mencari duit poket sendiri dan the end of story aku juga yang akan perabis kan duit tue semula siap di tambah dengan duit mak bapak aku lagi (jangan di tanya aku buat apa dengan duit tue, nama pun budak kecik, nafsu beli mainan cukup tinggi)
So bila umur aku semakin meningkat aku dah mula fokus sikit-sikit dalam pembelajaran aku, fokus yok-yok kelapa macam tue la bunyinye (walaupun PMR aku hanya dapat satu A je sebab geram dengan cikgu sains yang selalu suruh aku berdiri atas kerusi sebab tak buat homework)…
 
Bila result keluar orang yang pertama aku jumpa adalah cikgu sains aku sambil dalam hati cakap padan muka cikgu kan dah dapat A ?
 
So aku dengan harapan nak jadi budak sains (konon-kononye nak jadi doktor)…
 
Bermula la langkah kanan aku sebagai budak pandai di sekolah dengan memakai tai cerut sampai ke leher kehulur kehilir sepanjang hari… (tak la berapa pandai, action je lebih)
 
Dan aku memulakan kehidupan baru aku sebagai ulat buku (walhal poyo je lebih) dan akhirnya aku di terima masuk ke sekolah asmara… ops bukan asmara tapi asrama! (nampak tak ko orh dah show baca penulisan aku sampai tak perasan ayat tue, siap ulang lagi baca)
 
Bermula la dengan kehidupan baru di tempat baru yang serba stylo mylo iaitu sekolah menengah teknik (itupun pangilan kedua, nyaris-nyaris tak dapat)
[su_spacer size=”20″]
Sila abaikan faktor geografi di perut, kerana ianya adalah ilusi semata-mata
[su_spacer size=”20″]
Aku berjanji tak nak buat bisnes lagi dan fokus kepada SPM walhal aku tau banyak aktiviti perniagaan yang boleh dilakukan di sekolah contohnya adalah menjadi tokan jual Maggie, Biskut kering, air 3 in 1 dan yang paling lagi cepat nak kaya adalah jadi tokan rokok dunhill (tokan rokok ada thrill sikit nak buat job, so aku tak buat sebab aku sendiri tak isap rokok, time tue la)…
 
Aku ambil keputusan tak jadi apa-apa lepas tue sebab aku dah bagi tau ko org yang aku nak fokus jadi ulat buku…. hahaaaaaa!
 
Aku pulun dekat sekolah selama 2 tahun dan akhirnya aku dapat menyambung pelajaran ke universiti teknologi malaysia UTM (bangga beb sebab dapat masuk universiti tendang menendang ni) ?
 
Nak cerita panjang kat sini panjang sangat bini aku je tahu apa yg terjadi selepas itu… (ko org paham-paham la sendiri)
 
Aku dah masuk alam alein yang lain ìaitu alam pekerjaan, so aku bekerja dengan satu syarikat jepun sebagai juruteknik (pergi ke jepun jangan di cakap berapa kali sampai naik stress pun ada) bila balik orang cakap aku naik pangkat naik gaji… walhal die orang tak tau kenaikan gaji setahun aku hanyalah rm20 hinggit… alhamdulilah naik jugak
 
Aku bekerja dari tak nampak matahari sampai la nampak bulan (kerja lebih dari 12 jam sehari) so hujung bulan dapat la rm2000+++
 
Tahun demi tahun akhirnya aku pecat majikan aku sendiri (berenti kerja la) dan bekerja ke industri Oil & Gas yang terulung di selatan peta Malaysia (ko org cari la sendiri apa nama company tue)
 
Kerja aku pertama adalah menjadi Safety Cabok… cabok bukan cebok tau! Bila orang tanya kerja apa aku cakap safety je orang terus jatuh hukum security ek… wak die legung, apa ko ingat safety tue security je ke (yang ni berdasarkan cerita benar) so aku cerita satu persatu, apa itu safety dan bla bla bla…
 
Dari situ bermula la detik cemas dan menghayat hati (yang ni aku cerita bagi nampak macam real) aku masuk je dalam tempat kerja baru, dalam hati terus aku cakap ini adalah lubuk emas…
 
Jeng jeng… (di situ la mulanya)
 
Ye baru je nak mula cerita kerja Gila aku sebenarnya…
 
Aku suka kan sesuatu yang nampak rare dan pelik di mata orang lain apabila melihat aku… walaupun memakai stokin sebelah kaler lain yang sebelah lagi kaler lain, baru nampak seni… ķahkahakah…
 
Ok di pendek kan cerita aku minat gila dengan satu topi keselamatan ni (safety helmet) so aku cari penjual dari tokan kecik sampai la ke tokan besar nak membeli… (macam dalam cerita gangster holywood mexico jual dadah, tapi kes aku ni just jual safety helmet je pun)
 
So bermula dengan mengambil sedikit demi sedikit stock dengan bermodalkan RM350++ jual ngan member-member dulu! jual lepas tue beli, jual lagi lepas tue beli lagi… sampai la lebam kejadian tersebut berlaku (aku pun tak ingat dah berapa kali berulang)
 
Masa tue yang kutuk dan perli aku ber tan-tan beratnya…
 
Ala nak untung lebih ngan member-member…
Bagi free je la…
Melayu ngan melayu pun nak untung…
Makan riba la dan lain-lain la….
 
Sampai aku jadi down pun ada…
Dan masa tue aku tak tau lagi yang tue memang lumrah dan adat kena kutuk apabila menjadi peniaga kecil-kecilan macam aku ni…
 
So aku belajar sesuatu yang baru lagi sebenarnya… bagus dan syabas untuk diri aku… (yang ni aku masuk bakul angkat sendiri) ko orang puji la aku tapi dalam hati je, takut nanti aku jadi riak pulok… ?
 
So dari tepi jalan hingga ke pasar malam aku kumpukan duit untuk di jadikan modal… modal apa ko org tahu tak?
Berniaga tepi jalan ada dekat sini ceritanya Klik Di Sini Klik Di Sini Klik Di Sini (sebab apa tulis banyak kali, sebabnya adalah kita banyak kena penyakit FFS – Fat Finger Syndrome)
 
Modal untuk kahwin sebenarnya… heheheeee
 
Cukup modal untuk kahwin sebenarnya ?
 
Alhamduliah aku cukup mengumpulkan duit hantaran dan majlis di pihak sebelah aku… (yang ni ko orang kene percaya sebab aku kahwin tak pakai modal bank pun beb) walhal aku dah buat loan bank dulu untuk ntah apa2 ntah pun…
 
Selepas berkahwin aku mulakan lagi kegiatan aku menjual peralatan keselamatan, tak nak kerja lebih masa, sebabnya balik petang kerja terus naik kereta buka bonet kereta buat jualan…
 
Masyuk beb, itulah janji Allah SWT kepada hambanya yang berusaha lebih…
 
Di pendekan cerita lagi aku mencari partner untuk menambah modal perniagaan…
 
Time ni cerita dia lagi thrill, seorang demi seorang aku cari partner tapi semuanya gagal dan akhirnya jumpa jalan buntu…
 
Betul la orang cakap, belum tentu orang yang banyak duit dan orang yang paling hampir dengan kita akan setuju dengan idea gila kita…
 
Aku mulakan pencarian lagi tanpa berputus asa, akhirnya aku jumpa seorang mamat alien ni yang bersetuju dengan idea aku… bukan sorang tapi dua orang… (yang ni ko org boleh tengok dalam gambar siapa die orang)
 
Kini aku bukan ada sorang partner tapi dua orang. Allah SWT bagi aku sehingga kini masih bersama-sama memperjuangkan idea gila aku ini…
[su_spacer size=”20″]
When you say nothing at all (eyes of Brisbane)
 [su_spacer size=”20″]
Bila ko org ada idea, dan ko org mula berkongsi untuk lakukan, orang akan cakap ko gila, tapi itulah sebenarnya jalan permulaan ko org untuk mengubah nasib ko org sendiri…
 
So lepas ni kalau ko org ada idea perniagaan gila, jangan bagi tau impian dekat orang lain, buat je dulu lepas tue baru bagi tau…
dont tell people your dream but show them
 
Dari jualan tepi jalan sampai la kiosk dalam mart aku mula kan perniagaan kami…
 
Dari ribuan hinggalah ke puluhan ribu sampai la sekarang nilainya adalah jutaan… (jutaan terima kasih) heheheeee ?
 
Dari offline hinggalah ke online (cerita ni belum buat lagi)
 
Dari rumusan apa yg aku nak bagi tau ko orang adalah…
Jika ko ada sesuatu idea yang gila, jangan bagi tahu orang tentang idea tersebut, lakukan sehingga berjaya, lepas tue terpulang pada ko org nak bagi tahu ataupun tidak…
 
So sekiranya tulisan aku yang serba carca marba ini boleh di pahami dan sangat bermanfaat aku harap ko orang SHARE dengan gembira di wall ko orang masing-masing supaya tahun depan bila Mark Zuki remind balik dekat “history to be share” ko org akan ingat balik apa yang aku share ni…
 
Taniah kerana ko orang baca sampai habis dan terima kasih kerana sudi memberi inspirasi kepada orang lain (sebab ko org tak baca sorang-sorang)
[su_spacer size=”30″]

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...