Kiss Marketing

with No Comments

KISS Marketing – Built It Up

 

Saya di berikan peluang untuk berkongsi dengan para pelajar Kolej Vakasional Perdagangan Johor Bahru yang mana nama sekolah ini dahulu di kenali sebagai Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru.

 

 

Audience kali ini adalah pelajar sekolah bukan seorang usahawan.

Tapi apa salahnya berkongsi dengan mereka supaya terbuka minda untuk memulakan perniagaan apabila sampai masanya.

Keusahawanan harus di pupuk dari peringkat muda lagi, ianya bukan paksaaan tetapi lebih kepada minat.

Bertempat di V8 Hotel Johor Bahru saya di berikan peluang selama 1 jam untuk berkongsi

 

 

Kenapa tajuk KISS Marketing?

 

Keep It Simple & Steady Marketing itu la maksud KISS atau lebih di kenali sebagai Keep It Simple & Stupid Marketing

Kadangkala sesuatu yang kita fikirkan tak masuk akal (bodoh di mata orang lain) dan perkara itu juga la berkesan kepada kita. Tak semua perkara yang orang lain buat sesuai untuk diri kita, jadinya dalam diri harus ada tolenrasi (tolerance).

 

Try and adjust

Jangan Try and Error so selamanya kita akan error. Lepas ni kita tukar kepada konsep Try and Adjust, sampai kita sesuai kepada perkara tersebut.

Oleh kerana mereka adalah pelajar sekolah saya akan berkongsi berkenaan perjalanan mereka menempuh alam persekolahan, universiti, pekerjaan dan seterusnya.

Bila kita bercakap Marketing semua akan berfikir ianya akan termaktub kepada perniagaan dan keusahawanan sahaja.

 

Hidup juga perlu ada Marketing

 

Kisah Screw dan Steering

 

 

Screw dan Steering adalah salah satu kompenan yang berada di dalam sebuah kereta Proton Saga Aeroback keluaran 1990 an.

Sehingga pada satu hari pada tahun 2019 salah satu screw telah tertanggal dan jatuh di atas jalan raya semasa tuannya sedang memandu akibat kedaaan kereta tersebut telah pun di makan usia.

Tanpa di sedari tuannya screw tersebut hilang tanpa di sedari dan tidak memberi kesan apa-apa yang boleh membuatkan kereta tersebut terhenti.

Bayangkan sekiranya steering yang hilang semasa memandu, agak-agak tuannya akan panik?

 

 

 

Begitu juga di dalam kehidupan, jadikan diri anda adalah penting di dalam sebuah organisasi. Cari organisasi yang kecil kerana anda akan bekerja dengan semua sistem di dalam organisasi tersebut.

Jika anda berada di dalam sebuah organisasi yang besar kemungkinan anda akan menjadi satu bahagian yang kecil dan tidak banyak perkara yang anda akan pelajari.

Jadikan diri anda penting di dalam sebuah organisasi yang kecil dan pelajari semua sistem yang berada di dalam organisasi tersebut.

Lagi banyak anda belajar, lagi banyak yang anda tidak akan tahu. Jadikan ianya satu cabaran untuk permulaan di dalam kehidupan anda.

 

Menjadi penting di dalam sebuah organisasi kecil

 

 

Kesilapan adalah keuntungan

 

Kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan melakukan kesilapan adalah sifat semulajadi manusia, tetapi bagaimana caranya untuk kita bangkit untuk melawan dan membetulkan kesilapan tersebut.

Jadikan kesilapan tersebut sebagai satu peluang untuk menjadi rujukan supaya di masa hadapan tidak berlaku lagi.

Bila kita jadikan kesilapan adalah sebagai rujukan kita, pastinya di masa hadapan kita tidak akan mengulangi perkara tersebut. Kita akan belajar lebih dari mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Sebab itu anda lihat mereka yang banyak gagal di dalam kehidupan lebih kuat momentumnya untuk terus bangun apabila mereka bangkit untuk melawan.

 

Sangat luar biasa

 

 

Umur

 

Pada umur di bawah 20 tahun jadi seorang pelajar yang terbaik. Terbaik bukan di nilai dari mereka yang lebih baik dari anda tetapi ianya lebih sesuai di nilai berbanding diri anda sendiri.

Sesuai dengan kata-kata Sayyidina Ali bin Abi Talib

“Barangsiapa yang harinya sekarang lebih baik daripada semalam maka dia termasuk orang yang beruntung. Barangsiapa yang harinya sama dengan semalam maka dia adalah orang yang merugikan. Barangsiapa yang harinya sekarang lebih buruk daripada harinya semalam maka dia terlaknat.”

 

Buat terbaik untuk diri anda

 

Pada umur di bawah 30 tahun jadi pengikut dan fikirkan siapa yang anda akan ikut, jika anda sudah bekerja siapakah boss anda yang anda akan ikut, jika anda masih belajar siapakah guru anda yang anda harus ikut. Belajar dari mereka dan contohi mereka supaya anda kurang melakukan kesilapan.

Jika di alam perkerjaan ikuti boss anda rapat-rapat dan pelajari dari mereka seberapa banyak yang boleh dan jadikan panduan di dalam karier anda.

Pada umur di bawah 40 tahun jadi seorang yang fokus melakukan sesuatu pekerjaan, sekiranya anda seorang perkerja pastikan anda fokus dan naik pangkat di peringakat yang tertinggi mengikut kemampuan anda.

Jika anda seorang usahawan pastikan anda fokus kepada perniagaan tersebut, kerana peluang mereka yang sentiasa bertukar perniagaan pada umur ini peratus kegagalanya lebih tinggi dari yang berjaya.

 

Jadi terus fokus

 

Pada umur di bawah 50 tahun biarkan mereka yang muda membantu membuat kerja anda dan jika anda seorang usahawan pastikan orang muda ada di dalam pasukan, kerana mereka ini mempunyai idea-idea yang sangat bagus berbanding anda.

Jika anda bekerja pastikan mereka yang muda di berikan peluang untuk bersuara dan memberi idea kepada projek anda, atau lebih bagus berikan mereka peluang untuk menjadi ketua di bahagian kerja tersebut.

Kerana mereka yang muda masih kuat dan bertenaga melakukan sesuatu perkara berbanding anda yang sudah berumur.

Pada umur di bawah 60 tahun jika masih di berikan rezeki dan kehidupan yang sihat buat apa yang anda suka dan nikmati kehidupan bersama orang yang tersayang.

[siteorigin_widget class=”kad_image_widget”][/siteorigin_widget]
[siteorigin_widget class=”kad_image_widget”][/siteorigin_widget]
[siteorigin_widget class=”kad_image_widget”][/siteorigin_widget]

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...