Kenapa nama tajuk dia Hard Rock Pasir Gudang
Anda pernah pergi ke Sungai Segget Johor Bahru sekitar tahun 90 an? Di depan kuil terdapat warung makan penjaja yang banyak dan kebanyakan orang mengelar tempat tersebut Hard Rock.
Hard Rock bagi saya adalah tempat warung penjaja yang banyak menjual beraneka jenis makanan dan majoritinya adalah peniaga yang telah pun mempunyai pengikutnya tersendiri.
Itu lah Hard Rock yang di maksudkan
Bukan Hard Rock tempat “style” dan melepak dengan harga air “Coke” satu cawan RM25 yang seperti anda semua bayangkan.
Hard Rock Pasir Gudang adalah tempat himpunan penjaja dari Taman Bukit Dahlia yang telah di himpunkan satu kawasan dengan arahan Majlis Perbandaran Pasir Gudang.
Tempat ini beroperasi sekitar selepas subuh sehingga tengah malam. Selain dari sarapan, makan tengahari, kudapan petang dan makan malam, kawasan ini juga ada menjual pakaian terpakai pada waktu sebelah malam (bundle).
Food truck dan busker juga ada di sini, jadinya sambil makan sambil melayan akak busker menyanyi.
Sebelum anda masuk ke kawasan ini, terdapat sebuah gerai menjual buah-buahan tempatan dan yang paling padu adalah apabila musim durian tiba.
Lokasi
Lokasi tapak ini adalah di luar kawasan U Sentral Pasir Gudang dan berhadapan dengan Petronas Taman Bukit Dahlia
Suasana Malam
Warga Pasir Gudang Harus Datang
Jika anda seorang warga Pasir Gudang tempat ini adalah tempat yang harus anda kunjungi untuk menikmati kudapan petang dan makan malam bersama keluarga atau rakan-rakan. Saya akan memberikan sedikit “review” tahap kesedapan makanan di Hard Rock Pasir Gudang ini.
Makanan yang harus anda cuba dan “review” ini adalah mengikut tekak saya sendiri.
Pagi:-
- Goreng Pisang Lori Putih (pakcik ni pukul 7pagi dah ready dan kadang-kadang pukul 3 petang dah habis)
Tengahari:-
- Nasi Kerabu Kuning (ayam madu dia harus cuba)
- Air Kelapa
- Coconut Shake
Petang:-
- Kuih Peneram Mahsuri
- Apam Balik Cheese
- Teh Ais
- Ais Jelly
- Bubur Ayam Dahlia
Malam:-
- Nasi Goreng Daging (pakcik lori putih)
- Nasi Goreng KPJ
- Yong Tau Foo (depan kedai buah)
- Ayam Berempah Nusantara
Semua di atas adalah makanan yang telah di cuba oleh tekak saya sendiri dan ianya berulang tanpa perjudis.
Jadi anda boleh gunakan tips di atas untuk menjamu tekak anda sendiri dengan gembira.
Suasana Siang
Sekiranya artikel ini sangat bermanfaat dan sangat bersesuaian dengan tekak dan perut anda sila kongsikan lokasi Hard Rock Pasir Gudang ini dan biarkan ramai yang tahu dan datang ke sini dengan gembira.
6 Responses
jali nusantara
baru paham makna yg tersirat disebalik erti.turbo….??
Azuandy Aradi
Enjin turbo ke mcm mana ni 🙂 apa pun tahniah teruskan enjin padu Ayam Dara Nusantara
Nur Faizur binti Abdul Kasim (Fai)
Wahhhh bestnya Coach, ni tgh buat kuih pun rasa lapar ni?, tq Coach sbb masih ingat pada sy dan rakan2 yg lain, belum dpt jumpa Coach lg… harap nanti boleh jumpa ramai dan dpt kongsi ilmu lg sama2, selamat maju jaya juga utk coach..?
Azuandy Aradi
Kuih apa je tue tengah buat, macam sedap je kedengaran. Harus datang membuat lawatan makan 🙂
Aishah Jelita
Tq coach. Hard Rock Pasir Gudang memang padu!!!
Rasa nak pindah Pasir Gudang pasni?
Azuandy Aradi
Welcome. Pindah je di sini. Buat ayam gunting di Hard Rock