Nak Cari Staff

with No Comments

Siapa di sini yang nak cari staff tapi sampai sekarang staff yang di cari tak jumpa.

Sebelum kita mempunyai staff (pekerja) kita la CEO (chief everything officer) semua perkara kita lakukan seorang diri, kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun tidak ada masa.

Bila dah lama menjadi seorang CEO baru la kita ada kemampuan untuk mengambil pembantu untuk mengurangkan kerja kita di sebabkan perniagaan semakin maju.

Ini adalah kitaran normal sebagai seorang CEO kerana kita bukan mendapat modal dari langit untuk memulakan perniagaan dan kita bermula dari kosong, baru la kita akan menghargai penat lelah kita dengan apa yang kita mulakan dari awal.

 

Jika tiada yang kecil bagaimana pula akan ada yang besar.

 

Kita boleh “try and adjust” bila sampai waktunya kita akan bertindak mengikut apa yang sesuai dengan kemampuan kita. Tidak semua apa yang kita niagakan sekarang akan terus menjadi perniagaan kita sehingga ke akhir hayat kita, ada juga yang akan berubah dan ada pula yang bertambah.

 

Zero to Hero

Dari seorang menjadi dua, tiga, tujuh, sepuluh, dua puluh dan seterusnya. Penambahan kakitangan adalah perkembangan perniagaan yang semakin maju. Penambahan kakitangan juga menunjukan perniagaan kita berada pada landasan yang betul seiring dengan kenaikan jualan.

Contohnya di sini kedai menjual roti yang ingin membuat jualan di “road show” dalam satu minggu 5 hari keluar membuat jualan. Kakitangan di kedai akan berkurangan jadinya kakitangan tambahan di perlukan untuk menjayakan misi ini tetapi sebelum ambil kakitangan baru adakah ianya berbaloi dengan jualan yang akan di lakukan.

Jadi untuk mengelakan kerugian ini kita boleh mencuba dengan mengambil perkerja sementara (part-time) yang di bayar mengikut jam dan sekiranya jualan tersebut berbaloi baru kita fikirkan untuk mengambil pekerja tetap bulanan.

 

Nak Cari Staff (kakitangan)

Mencari kakitangan untuk sebuah syarikat yang kecil bukannya suatu perkara yang mudah, ianya mungkin boleh jadi mimpi buruk kepada peniaga tersebut dan memberi kesan terhadap jualan dan barangkali kedai terpaksa di tutup.

Bila kakitangan..

Lambat kedai akan di buka lambat.

Tidak hadir ke tempat kerja mungkin kedai akan tutup.

Buat hal pelanggan akan melarikan diri.

Jangan risau kerana itu adalah suatu perkara yang sangat normal dan itu saya panggil proses pembelajaran, sebab tak semua perniagaan itu indah dan cantik, kalau menarik semua orang nak berniaga.

Apa tindakan kita sebagai pemilik perniagaan untuk menghadapi masalah ini?

 

hadapi masalah dan cari cara penyelesaian kerana itu adalah ujian Allah SWT kepada kita untuk menguji kita

 

Beberapa teknik untuk mencari pekerja di tempat yang betul pada waktu yang betul.

Anda boleh mencuba membuat iklan secara “offline atau online”.

 

Iklan Secara Offline

  1. Tampal brochure (size A4/A5)
  2. Letak di dalam surat khabar
  3. Gantung banner di depan kedai
  4. Mulut ke mulut

 

Iklan Secara Online

  1. Group whatsapp/telegram
  2. Sosial media (faecebook/Instagram/Twitter)
  3. Mudah.my
  4. Indeed.com.my

 

Teknik offline mungkin memerlukan kos yang sedikit untuk anda mencuba tetapi teknik online anda tidak memerlukan kos untuk melakukannya, cukup sekadar mempunyai telefon pintar dan data internet 🙂

Pastikan pada iklan anda mempunyai tajuk yang besar, nombor untuk di hubungi dan emel untuk menghantar resume (bergantung pada kerja yang di tawarkan).

Sebagai contoh anda mencari kerani pastikan anda dapat maklumat peribadi kerani tersebut melalui resume yang telah di emelkan kepada anda.

Ini adalah langkah asas untuk membuat pilihan, dari resume anda tahu kerani tersebut tahu menggunakan komputer dan tahu bagaimana nak menggunakan emel bukan ambil sahaja dan apabila di berikan tugas berkenaan komputer tidak tahu menggunakanya.

Sebagai contoh lagi mencari pekerja am, gunakan pendekatan yang lebih mudah, gunakan link whatsapp anda untuk mereka tekan dan terus whatsapp. Letak iklan biar terang dan jelas bagi memudahkan mereka fahami.

Contoh lagi seperti mencari juruteknik tulis iklan yang besar dan arahan yang mudah di fahami.

Anda boleh gunakan iklan bergambar dengan menggunakan Canva.com

Ianya percuma jangan risau 🙂

 

 

 

Database Bakal Kakitangan

Mengumpul menjadi satu kerja, nak hubungi satu persatu mungkin menjadi masalah, biasanya akan banyak tersilap dari yang betul.

Bayangkan anda mencari pekerja am seramai 20 orang dalam satu masa. Mungkin “database” yang diperlukan sebanyak 100 orang bagi sesi temuduga dan pemilihan pekerja.

Jadi apakah solusi untuk mengawal “database” ini?

 

Manual atau Automatik

 

Secara manual – Rekod dalam buku atau “soft copy”

Secara automatik – Google form

Anda pilih mana yang lebih mudah 🙂

 

 

 

Contoh dari Budiman Sejati mencari perkerja am untuk syarikat beliau. Kita tidak di galakan menjadi “one man show” tetapi di benarkan apabila kita bekerja dengan sistem.

Google Form juga satu format sistem paling mudah untuk mengumpul maklumat yang kita perlukan sebelum kita menapis mereka untuk bekerja dengan kita.

 

Jawatan dan Nama

Pada zaman ini nama jawatan lagi penting berbanding dari tangga gaji.

Setuju atau tidak kenyataan ini anda harus terima.

Pangkat lebih penting dari tangga gaji 🙂

Siapa tak setuju sila komen di bawah

Tukang Bancuh Kopi dan Barista keduanya adalah satu kerja yang sama. Seorang pekerja yang bekerja bancuh kopi dan menghidangakan kepada pelanggan. Bunyi Barista lebih style berbanding Tukang Bancuh Kopi.

Cleaner, Janitor dan Environment Crew adalah satu kerja skop yang sama. Anda mungkin boleh tukar nama jawatan bagi membuatkan mereka di luar sana tertarik dengan tawaran kerja kosong tersebut.

 

 

Nama yang baik dengan uniform kerja yang cantik membuatkan kakitangan anda sangat bersemangat untuk bekerja dengan syarikat anda.

Jika penulisan ini bermanfaat sila kongsi dengan mereka yang memerlukannya.

Jika ianya memberi manfaat kepada anda sila la komen di bawah dengan gembira 🙂

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...