Bila kita lihat orang lain berniaga kita akan mula rasa nak berniaga.
Apabila kita di kelilingi orang-orang yang berniaga niat di hati untuk berniaga semakin kuat dan ghairah.
Tidak kira apa sahaja jenis perniagaan sama ada kecil ataupun besar, walaupun ianya di jalankan di rumah ataupun di permis.
Perniagaan yang berdaftar dan memiliki akaun syarikat adalah satu perkara yang di galakan.
Ianya memberi impak kepada reputasi perniagaan anda sama ada jangka masa panjang atau pendek.
Jika tidak di mulakan dengan yang kecil bagaimana pula datangnya yang besar.
Tidak ada kemahuan bagaimana pula datangnya minat.
Ruyung tidak dipecahkan manakan dapat sagunya.
Kita biasa nampak orang yang telah berjaya dan terus berjaya, apabila orang tersebut berjaya di hadapan mata kita sendiri. Kebiasaan perkara ini berlaku dengan orang yang paling hampir di sekeliling kita.
Bermacam cerita dan kisah sedih akan di ceritakan kepda orang lain bagaimana yang berjaya itu terus berjaya
Dan orang yang bercerita tersebut masih duduk dan memerhati orang yang berjaya tersebut mengorak langkah ke puncak.
Kisah Titanic Yang Tenggelam
Pernah dengar kisah Titanic, bagaimana kapal yang besar melanggar aisberg lalu tenggelam.
Kisah ini mengisahkan sebuah kapal yang sangat gah dan besar serta terlebih yakin yang mana kapal ini tidak boleh tenggelam walau apa pun berlaku.
Kapal ini secara tidak sengaja melanggar aisberg yang di sangkakan kecil tetapi rupa-rupanya besar dan mengakibatkan kapal tersebut rosak dan akhirnya tenggelam.
Kisah aisberg ini kita putar sikit ceritanya bukan cerita “spin” tau!
Kita bayangkan kisah orang yang telah berjaya seperti dalam gambar di bawah.
Gambar dari iThemes
Terbahagi kepada dua
“What People See” dan “What People Don’t See”
Situasi ini adalah normal kerana orang yang paling hampir dengan kita juga akan melihat “Success” sahaja. Jangan salahkan mereka kerana ini adalah lumrah kehidupan kerana mereka hanya ingin tahu yang indah sahaja dari yang buruk.
Mereka tidak akan faham masa yang harus di korbankan untuk diri sendiri atau keluarga.
Masa tidur yang nikmat dan hujung minggu yang tenang-tenang tidak wujud dalam waktu mendaki mereka.
Dalam erti kata lain berniaga ini adalah sangat teruk.
Sedikit tips dari saya, jika anda ingin berniaga disebabkan anda tidak suka terikat dengan waktu kerja 8 jam sehari.
Percayalah apabila anda mula berniaga waktu kerja yang anda perlukan adalah 24 jam sehari.
Malas berkerja hujung bulan ada gajinya, tetapi apabila berniaga hujung bulan belum tentu ada gajinya. (sedikit pengalaman dari saya, sebab pernah melaluinya). Sebab itu orang berniaga tawakalnya harus lebih dan bergantung kepada Allah SWT.
Nak Mula Di Mana
Jadi bagaimana nak mula berniaga?
Jangan risau saya dulu macam anda juga.
Tak cukup masa nak buat dua kerja dalam satu masa, percayalah apabila anda berhenti dari kerja serta merta dan mula berniaga tiba-tiba masa anda banyak terluang dan tak tau nak buat apa (ini adalah normal sebab saya pernah laluinya).
Buat dua kerja dalam satu masa adalah satu tindakan yang bernas kerana ianya:-
- Mewujudkan daya tahan dari segi mental, rohani dan jasmani
- Menerapkan daya minat berterusan
- Mengeratkan persefahaman dalam keluarga
- Mengenal pasti kebaikan dan keburukan sesuatu jenis perniagaan
- Menyusun waktu kerja tetap dan sambilan secara efektif
- Menambah pendapatan secara tidak langsung
Enam perkara di atas adalah contoh yang mungkin boleh di ambil kira sebelum anda berhenti kerja secara mengejut. Perancangan masa panjang adalah penting untuk membantu anda membuat rancangan perniagaan. Tidak boleh merancang guna tulisan, sila buat dalam bentuk gambar rajah supaya mudah di fahami.
Apabila pendapatan perniagaan sambilan telah mencapai tahap gaji sedia ada dan pada masa itu tepuk dada tanya dalam hati dah bersedia berhenti dari kerja sedia ada ataupun tidak.
Doa dan tawakal kepada Allah SWT. Mintak “bless” sikit dengan orang tua baru cun…
Penjual Nasi Lemak
Saya juga menjual nasi lemak dan bee hoon goreng dalam daun pisang sewaktu bersekolah, saya juga menjadi ejen “multi level marketing”, ejen insuran dan pada masa yang sama saya masih bekerja di siang hari dan banyak kerja-kerja sampingan yang saya buat untuk menambah pendapatan dengan niat yang satu, saya akan berkerja dengan syarikat sendiri dan makan gaji dengan syarikat sendiri pada umur sekian dan sekian.
Itu yang di maksudkan dengan perancangan jangka masa panjang dan untuk perancangan masa pendek adalah tindakan apa yang perlu di buat untuk sampai ke tahap tersebut.
Gambar jualan jalanan pada Disember 2008
Ini adalah gambar bukti saya menjalankan perniagaan pada tahun 2008 di tepi jalan menjual peralatan keselamatan.
Lokasi perniagaan jalanan ini adalah di sebelah Public Bank Masai, Johor. Waktunya adalah jam 9 malam sehingga jam 12 malam. Saya tetapkan masa kerja sambilan dan di sini saya belajar menguruskan perkara yang mana penting dan yang mana betul-betul perlu.
Gambar jualan jalanan pada Disember 2008
Pada masa ini ramai orang yang lalu-lalang mentertawakan saya kerana menjual peralatan keselamatan di tepi jalan, nampak pelik mungkin.
Tetapi bagi saya ianya satu hiburan sementara menunggu pelanggan datang untuk membeli.
Walaupun hanya separuh masa, sebulan saya di tepi jalan ini menghasilkan jualan sebanyak RM4000 – RM7000 secara kasar. Kata separuh masa kira ok la tu.
Jadi anda fikir yang mana terbaik!
Duduk berborak dengan mereka yang memang berniaga. Tanya mereka sendiri berkenaan selok belok perniagaan sepuas hati anda.
Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...