Abang Buah

with 19 Comments

Kita biasa nampak orang berniaga di tepi jalan sama ada secara suka-suka atau serius, yang mana ianya adalah punca rezeki mereka sekeluarga. Tapi berapa ramai orang di luar sana yang ambil peduli tentang perniagaan mereka ini?

Jika kita melihat dari segi standard, ada orang akan cakap berniaga di tepi jalan tidak standard dan tiada gaya seorang usahawan.

Tahukah anda dari mana sebuah perniagaan yang besar itu bermula? adakah ianya terus mempunyai kedai atau kilang untuk berurus niaga?

Semuanya bermula dari kecil dan tenang-tenang sahaja…

Jika tiada yang kecil bagaimana pula adanya yang besar…

Jadi anda tidak perlu malu untuk memulakan dari yang kecil, dari tepi jalan pun ok, kerana saya lebih tabik spring kepada orang yang berniaga dari tepi jalan ini, kerana hatinya cukup cekal untuk menghadapi segala cabaran yang datang, kadang-kadang dengan selambe dia tersenyum bila menghadapi dugaan.

Kadang-kadang dugaan tersebut dalam bentuk, di halau oleh pihak Majlis Perbandaran, Hujan, Tiada orang nak membeli, Barang makanan rosak dan sebagainya…

Jika anda boleh bertahan dengan dugaan di atas saya sarankan anda untuk memulakan perniagaan jalanan esok juga… πŸ™‚

Penulisan kali ini saya sempat menemu bual seorang peniaga jalanan secara live sambil makan buah πŸ™‚ hehehe…

 

Azmi sibuk melayan pelanggan

 

Azmi adalah nama beliau, pada masa saya interview Azmi umurnya 39 tahun. Azmi berasal dari Negeri Sembilan, Lubuk Cina. Dengan selamba dia berkata perniagaan beliau jalankan di depan bank sahaja sudah mencecah 2 tahun dan secara keseluruhan tempoh perniagaan beliau sudah 4 tahun. Selain dari depan bank, Azmi juga ada pergi ke sekolah-sekolah untuk menghabiskan jualan buahnya.

 

Fokus dekat Azmi dan buahnye je tau…

 

Oh ya sebelum saya terlupa, Azmi membuat jualan buahnya di depan Bank Islam Pasir Gudang, Johor. Waktu bekerja Azmi dan Isterinya bermula sekitar 4 pagi setiap hari dan selesai memotong buah dan di masukan ke dalam plastik kecil habis sekitar jam 8 pagi.

Bermula tugas Azmi sekitar jam 8.30 pagi sehingga 12.30 pagi di depan Bank Islam Pasir Gudang dan di sebelah petangnya pula Azmi akan pergi ke sekolah-sekolah berikut:-

  • Sekolah Menegah Kebangsaan Pasir Gudang 1
  • Sekolah Rendah Kebangsaan Pasir Gudang 1
  • Sekolah Agama Tahfiz Taman Mawar

Sekiranya jualan buah Azmi telah habis di borong oleh pelajar-pelajar di sekolah tersebut, Azmi akan pergi ke Kip Mart untuk membeli bekalan untuk hari esoknya.

 

Handphone warna merah tue dia buat dengar radio, layan beb πŸ™‚

 

Azmi adalah bapa kepada 2 orang anak yang masih bersekolah dan mempunyai seorang isteri πŸ™‚

Azmi bercerita kepada saya yang kerjanya lebih penat berbanding dari orang kerja makan gaji tetapi Azmi tetap seronok kerana tidak terikat dengan mana-mana boss untuk arahkan dia buat kerja. Dialah boss, dialah pekerja dan dialah semua πŸ™‚

Dari atas sampai ke bawah mesti anda ingin tahu berapa jualan seharian Azmi kan…

Cer teka… πŸ™‚

 

Pergh Nenas cecah dengan sambal kicap, power beb…

 

Harga sebungkus buah jualan Azmi beharga RM1 sahaja flat rate price bak kata omputeh. Buah yang di jualnya adalah Jambu Batu, Tembikai Merah, Tembikai Susu dan Nenas merecik manis… πŸ™‚

Saya sempat mengorek rahsia jualan seharian Azmi tanpa segan dan silu Azmi menceritakan, ia berpesan kepada saya ini adalah rahsianya, tapi rezeki itu milik Allah SWT, so sesiapa pun dia nak bagi itu adalah haknya…

Jualan kasar Azmi satu hari adalah RM400 dan selepas tolak modal dan kos, bersih tinggal RM200 (amecam power tak?)

Saya bertanya lagi berapa gaji Azmi dan Isteri ambil. RM50 seorang dan RM100 simpan dalam bank.

Dapat kira tak berapa gaji Azmi dan Isteri dapat…

 

Jualan harian – RM400

Untung bersih – RM200

Gaji Azmi – RM50

Gaji Isteri Azmi – RM50

Simpan dalam bank – RM100

 

Ini kira-kira gaji Azmi satu hari tau, kalau sebulan u olls kira la sendiri…

 

Saya rasa Azmi lagi banyak menyimpan dari kita yang sedang membaca ni… πŸ™‚

 

Buah jualan Azmi masih fresh dan manis

 

Apa yang saya belajar dari Azmi ini adalah tentang survive di dalam kehidupan, dia tidak meminta tetapi berusaha untuk mendapatkan, jadi dengan cara ini Azmi meningkatkan ekonomi keluarga beliau.

Rezeki itu milik Allah SWT dan kepada sesiapa yang berusaha untuk mendapatkan InSya Allah ianya akan di permudahkan…

 

Selambe je abang Azmi menunjukan Cap Jempol

 

Akhir kata saya kepada anda yang sedang membaca ini, Impian di mulakan dengan tindakan, tanpa tindakan ianya akan menjadi seperti angan-angan mat jenin…

Jangan jadi seperti siput babi, kerana sehingga sekarang masih confius sama ada dianya siput atau babi, sebab itu jalannya perlahan… πŸ™‚ hehehehe…

 

p/s: U olls kalau pergi ke bank atau ke poslaju tu singgah-singah la jumpa abang Azmi ni, layan makan buah sambil melihat masa hadapan πŸ™‚

 

19 Responses

  1. Doctor
    | Reply

    Ingat lagi masa g bank ni tahun lps, dalam bln 8 mcm tu. Lepas beli, dy kata selamat hari merdeka dik. Terasa mcm sayu pulak, dah lama tak rasa patriotik dalam diri hahahaha. Btw, selalu teringat buah dy ni, lagi2 sebab duduk jauh dari msia. Setahun sekali balik. Memang padu dy punya sambal kicap tu.

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Brada buah ni ex army… tu yang semangat dia lain macam je… πŸ™‚

  2. Kamal Talib
    | Reply

    Kisah yang banyak memberi motivasi.
    Rezeki ada di mana mana , kena belajar berusaha dan bersabar.
    Insyaallah.

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      InSya Allah selagi kita berusaha, ianya akan di permudahkan…

  3. Dinor Sabudin
    | Reply

    Respek disiplin abang buah ni terhadap bisnesnya!

  4. Khairul
    | Reply

    Abg ni mmg selalu jumpa…
    Tq share cerita ni
    Azuandy duk pasir gudang gak ke?
    Boleh jumpa n berkenalan lebih rapat…

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Boleh layan klasik fm sambil makan buah πŸ™‚
      InSya Allah dekat Pasir Gudang je ni mundar mandir…

      • lina
        | Reply

        yg last tu trkena , trsedak, cam di tampar muka ni dik… x bole jd siput babi.. t, ksh dik

        • Azuandy Aradi
          | Reply

          Hehehe…its ok kak masih belum terlambat πŸ™‚ Go go Kak Lina

  5. Kisah si dairy
    | Reply

    Ada perasan,tapi tak pernah laagi singgah..berniaga apa pun,kalau kita berusaha,tak kedekut,makanan yang dijual sedap,insyallah..boleh berjaya

  6. Rozana
    | Reply

    Respect sangat kat brother ni, tiap kali pegi bank ada dia saya MESTI beli kadang2 bukan sebab nak makan buah tapi lebih kepada niat nak membantu sesama bangsa.
    Semangat & disiplin dia buat saya tabik spring kat brother ni.
    Cara dia layan customer memang sangat baik walaupun hanya jual buah di tepi jalan…
    Good luck bro moga terus dilimpahi rezeki yang berkat ??????

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Sama-sama kita membantu sambil mengeratkan siratulrahim sesama kita πŸ™‚

  7. Rose Yasir
    | Reply

    Rezki Allah sgt luas… Wajib digali bukan dtg sendiri… Syabas ….

  8. eryn
    | Reply

    wow mantoppp ???
    terinspirasi ???

  9. Weyda
    | Reply

    Sy penah tlg jual kn buah abg ni..time tu sy beli buah dia xde duit kecik nk pulang baki..dia g cr duit tukar ada customer nk beli buah sy tlg la jual kn utk dia sekali ? yg penting abg ni x kedekut asam! ?

    • Azuandy Aradi
      | Reply

      Rindu abang ni lama tak pekena buah potong dia depan bank. dia memang tak kedekut asam. kadang sambil makan sebelah motor dia sambil borak dengan dia. πŸ™‚

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...