Sepanjang kehidupan kita berapa kali kita menggunakan khemah atau kanopi untuk majlis kita. Sama ada majlis perkahwinan kita, kenduri doa selamat, kenduri kesyukuran dan lain-lain. Melainkan kita mencukupkan kuota 4 selang beberapa tahun ๐
Sebab tu dalam cerita Lagenda P. Ramlee di dalam cerita Nujum Pak Belalang ada satu teka teki seperti di bawah
ada sebuah masalah,
satu banyak-banyak,
dua sikit-sikit,
tiga jarang-jarang,
empat kadang-kadang…
Satu, banyak…
artinya, orang yang kahwin satu
memang banyak di dalam dunia ini.
Dua, sedikit-sedikit,
artinya, orang yang kahwin dua,
sedikit bilangannya daripada orang
yang kahwin satu.
Tiga, jarang-jarang,
artinya, orang yang kahwin tiga,
jarang-jarang yang kita dengar.
Empat, kadang-kadang,
artinya orang yang kahwin empat
kadang-kadang baru kita dengar
sekali.
Jika cukup kan kuota 4 InSya Allah akan kerap guna kanopi…
Amecam ada berani… ๐ hehehehe…
Artikel kali saya akan bercerita tentang Abanag Kanopi Mampu Milik yang terletak di Selangor merupakan sahabat saya yang melakukan perniagaan kanopi untuk majlis keraikan dan sebagainya…
Nama syarikat beliau adalah Al Funduk Enterprise yang di beri jenama Af Kanopiย yang telah di tubuhkan pada 07 hb Julai 2005 dan di daftarkan pejabatnya di TTDI Shah Alam, Selangor. Nama pemilik perniagaan ini adalah Mohd Zulkamal Mohd Sulor, beliau adalah salah seorang bekas pekerja bank di Malaysia yang nekad keluar dari bekerja makan gaji kepada memiliki perniagaan sendiri.
Artikel lanjut : Tentang Al Funduk
Bukan mudah untuk membuat keputusan 12 tahun yang lepas dari taip-tiap bulan dapat gaji kepada tiap-tiap bulan risau ada gaji ke tidak ๐
Tapi percaya la kepada orang yang yakin kepada rezeki Allah SWT ianya akan di permudahkan, cuma kita sahaja harus lebih kreatif dan fokus terhadap apa yang kita buat.
Biarkan Allah SWT yang tentukan rezeki kita dan kita sebagai hambanya hanya perlu berusaha untuk mendapat keberkatannya.
Saya akan bercerita sedikit rahsia tentang bagaimana Mohd Zulkamal dan Af Kanopi Team menjalankan perniagaan mereka dari biasa-biasa kepada tahap luar biasa.
Pada tahun 2015 Mohd Zulkamal telah menghubungi saya mengatakan hasrat beliau untuk membuat laman sesawang Af Kanopi. Dengan laman sesawang beliau adalah mesra pengguna dan SEO (search engine optimization) di enjin carian encik google, ia memudahkan Af Kanopi mudah di jumpai apabila si pencari memasukan keyword di dalam enjin carian google contohnya.
Kanopi murah selangor
Kanopi sewa selangor
Kanopi mampu milik
Kanopi kahwin
Canopy sewa selangor
Canopy murah
Canopy jernih
Canopy lutsinar
Keyword di atas adalah sebahagian keyword di laman sesawang Af Kanopi yang di buat berdasarkan permintaan semasa si pencari di dalam enjin carian google.
Jika di lihat dari aspek lain juga lama sesawang Af Kanopi juga berada pada muka surat pertama di dalam enjin carian google dan peluang ini juga dapat membantu Mohd Zulkamal membuat pemasaran. Lagi banyak orang bertanya lagi banyak peluang untuk closed sale ๐
Laman sesawang Af Kanopi juga sangat sihat dan mesra SEO nya kerana enjin carian google mampu membentuk kedudukan tajuk utama pada paparan utama seperti sebuah laman sesawang “high profile”. Tidak semua website boleh mendapat pengitirafan sebegini rupa jika SEO yang di buat tidak menepati standard google.
Selain dari itu juga Af Kanopi memiliki borang pesanan harga di atas talian bagi memudahkan Af Kanopi team mendapat permohonan sebut harga dari bakal pelanggan. Borang atas talian ini adalah salah satu teknik yang memudah cara pemilik perniagaan mendapat RFQ (request for quotation) dari bakal pelanggan tanpa perlu melayan secara manual.
Borang atas talian ini juga mengurankan kesilapan dari membuat sebut harga dan secara tidak langsung menyimpan maklumat pelanggan Af Kanopi secara langsung. And sendiri boleh melihat borang tempahan dengan terus ke laman sesawang Af Kanopi lihat bagaimana ianya di buat ๐
Artikel lanjut: Borang tempahan Af Kanopi
Jadi kepada anda di luar sana yang mahu cuba-cuba untuk mempelajari Bisnes Kanopi boleh terus menghubungi beliau melalui laman sesawang Af Kanopi di Hubungi kami
Kesimpulan dari cerita Af Kanopi ini dapat di bayangkan bagaimana salah satu proses pemasaran secara teratur di atas talian yang dapat meningkatkan jualan dari semasa ke semasa.
Jadi kepada anda yang masih mencari-cari cara bagaimana ingin meluaskan empayar perniagaan anda ini adalah salah satu tekniknya ๐
Pastikan perniagaan anda muncul di atas talian apabila di cari oleh bakal pelanggan.
Perniagaan yang tidak wujud di atas talian perumpamaan seperti buat jalan raya tanpa garisan putih.
Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...