Tiga Perkara Usahawan Perlu Ambil Tahu adalah di antara 3 perkara yang perlu di mulakan sekiranya anda tidak mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan tersebut.
Perkara tersebut adalah sesuatu perkara yang remeh dan mungkin di pandang rendah oleh sesetengah usahawan tetapi memberi impak jangka masa yang panjang.
Perkara tersebut membuatkan sesuatu perniagaan berkembang dan terus berkembang mengikut peredaran masa serta bersaing dengan syarikat lain secara positif.
Saya akan berkongsikan mengapa tiga perkara ini dapat merubah perniagaan saya dari ZERO to HERO dan mungkin dapat memberi inspirasi kepada anda yang sedang membaca artikel ini.
Saya berkongsikan melalui pengalaman yang di lalui oleh saya sendiri mengapa 3 perkara ini dapat memberi impak jangka masa panjang terhadap perniagaan saya.
1. Memiliki Emel Syarikat
Ramai usahawan yang menjalankan perniagaan masih menggunakan emel percuma dari pihak ketiga seperti Gmail, Yahoo, Ymail atau apa sahaja yang percuma dari perkhidmatan mereka.
Tidak mengapa menggunakan khidmat emel pihak ketiga untuk sementara waktu tetapi anda haruslah ada inisiatif untuk bertukar kepada emel berbayar atas nama syarikat anda sendiri.
Mengapa emel berbayar ini sangat membantu untuk membina reputasi perniagaan anda:
- Emel di atas nama perniagaan anda
- Emel lebih teratur dan mudah di uruskan
- Setiap staff ada emel tersendiri
- Setiap jabatan ada emel khas
- Nampak reputasi syarikat seperti syarikat profesional
- Pemasaran secara konsisten
- Pelanggan lebih yakin untuk berurusan
Sebagai contoh di sini nama syarikat saya adalah Kuali Sakti Eneterprise
Case Study 1
Sekiranya saya menggunakan emel percuma dari pihak ketiga ianya akan menjadi
Emel personal – azuandy88@gmail.com
Emel umum syarikat – kualisaktient@gmail.com
Emel untuk jabatan jualan – saleskualisaktienterprise@gmail.com
Agak-agak anda emel di atas senang di sebut atau lidah akan jadi terbelit. 🙂
Case Study 2
Sekiranya saya menggunakan emel berbayar
Emel personal – azuandy@kualisakti.com
Emel umum syarikat – info@kualisakti.com
Emel untuk jabatan jualan – sales@kualisakti.com
Nampak lebih teratur dan mudah di sebut.
Berdasarkan pemahaman anda adakah situasi 1 dan 2 akan memberi kesan terhadap perniagaan anda?
Sila jawab dalam hati dengan gembira 🙂
Selain dari itu juga dengan adanya emel di atas nama syarikat anda akan membuatkan syarikat anda lebih nampak seperti sebuah syarikat yang mempunyai satu organisasi yang besar dan profesional walaupun anda beroperasi dari rumah sahaja.
Pada bisnes kad anda juga memaparkan nama syarikat, nama anda, nombor telefon berserta alam emel di atas nama syarikat anda sendiri, baru la nampak bergaya… 🙂
Anda tidak perlu risau kerana apabila saya kata berbayar untuk mendapatkan emel ini kelihatanya nampak macam mahal, tetapi harganya adalah RM60 sahaja…
Bukan RM60 sebulan, tetapi RM60 setahun…
Ya! hanya RM60 untuk setahun (anda kira sendiri berapa harga untuk 1 hari).
Dan paling penting bakal pelanggan akan lebih percaya untuk berurusan dengan anda!
Artikel Berkaitan: Kenapa cPanel
2. Memiliki Website Syarikat
Memiliki laman web syarikat adalah idaman setiap usahawan tetapi kebanyakan akan mengalami mimpi menakutkan untuk berurusan dengan web designer kerana di sebabkan oleh budjet yang tidak mencukupi atau telah di mainkan oleh pihak mereka ini.
Di antara masalah yang di hadapi oleh usahawan adalah harga laman web terlalu mahal, laman web rosak (crash) setelah di buat atau di tipu oleh web designer kerana tidak menyiapkan sehingga habis.
Kita ketepikan dahulu masalah tersebut, kerana masalah tidak akan selesai sekiranya kita tidak menyelesaikannya 🙂
Tahukah anda dengan memiliki emel berbayar anda juga akan mendapatkan tempat simpanan website di dalam data manager itu sendiri.
Maksudnya di sini dengan RM60 setahun anda juga boleh muat turun website anda ke dalam file manager secara percuma.
Ya secara percuma!
Saya tanya anda sekali lagi, adakah untuk memiliki nama emel atas nama syarikat dan laman web syarikat memerlukan modal yang banyak?
Sila jawab dengan gembira dalam hati.
Dengan adanya website bakal pelanggan anda boleh mencari anda di atas talian dan mengetahui apa perkhidamatan atau produk anda secara langsung walaupun anda menutup kedai.
Maksudnya di sini perniagaan anda buka sepanjang masa tanpa perlu di tutup.
Bakal pelanggan jumpa perniagaan anda, dan mereka emel kepada anda untuk minta sebut harga atau info lanjut tentang perkhidmatan anda.
Selepas anda memiliki perkara di atas baru anda boleh katakan satu ayat pada orang di sebelah anda ” Money Never Sleep “.
Artikel Berkaitan: Web Untuk Perniagaan
3. Perniagaan Boleh Di Cari Dalam Enjin Carian Google
Setelah dua perkara di atas telah di atasi dengan jayanya, perkara ketiga adalah melihatkan atau memaparkan perniagaan anda pada enjin carian pakcik google.
Kenapa pakcik google, bukan makcik google?
Sebab makcik google terlalu kepoh sampai orang pun tak berapa nak ingat makcik ni… Hehehe (yang ni saya gurau)
Ok! kenapa perniagaan kita harus terpampang di muka hadapan enjin carian pakcik google, ini membolehkan bakal pelanggan kita menjumpai perniagaan kita terlebih dahulu sebelum yang lain.
And harus ingat mereka yang masuk ke dalam enjin carian google adalah mencari sesuatu sama ada untuk mengetahui atau membeli.
Kita fokus kepada dua benda ini iaitu Hendak Tahu dan Hendak Beli.
Hendak Tahu
Mereka akan mencari sesuatu di mana boleh mendapatkannya dan dengan siapa yang mereka boleh beli.
Hendak Beli
Setelah melihat siapa yang menjual dan bagaimana produk tersebut memberi manfaat kepada si pembeli mereka akan terus membeli secara online atau manual.
Anda bayangkan jika anda tidak wujud di dalam enjin carian pakcik google, di manakah mereka akan menjumpai anda…
Selaian dari itu juga laman web boleh di jadikan sebagai ” funnel marketing ” maksudnya anda gunakan facebook, instagram, twitter, whatsApp atau telegram sebagai agen jualan dan akhirnya di tarik ke website anda, dengan memberi sesuatu tawaran yang menarik contohnya memberi ” tips percuma membina database ” muat turun sekarang dengan memasukan alamat emel, secara automatik anda akan dapat alamat emel mereka yang muat turun dan gunakan database tersebut untuk terus berhubung melalui emel.
Di dalam website anda juga boleh memaparkan apa segala perkhidmatan yang di sediakan bagi memberitahu bakal pelanggan anda apa yang anda niagakan. Ianya sangat mudah dan jimat kerana kedai anda buka sepanjang waktu tanpa perlu di tutup.
Dengan adanya website juga anda boleh gunakan google ads untuk mempromosikan perniagaan anda, contohnya di sini anda adalah penjual kuali, keyword kuali anda masukan kedalam keyword carian google ads.
Pelanggan akan taip dalam enjin carian google keyword kuali dan mereka akan klik website anda dan jualan terhasil.
Seperti apa yang saya katakan sebelum ini ada dua perkara apabila seseorang masuk ke dalam enjin carian google iaitu Hendak Tahu dan Hendak Beli. Jadinya perniagaan anda akan termasuk secara langsung kepada dua golongan ini.
Selain menggunakan google ads untuk roketkan perniagaan anda SEO (search engine optimization) juga membantu untuk melonjakan perniagaan anda ke muka hadapan enjin carian google dan ianya adalah percuma.
Di dalam website ianya boleh di buat, kerana pakcik google mengariskan panduan algorithm yang sangat mesra alam untuk membariskan website yang sihat di muka hadapan 🙂
Anda kaji bagaimana pergerakan dan momentum perniagaan anda, sama ada berada pada tahap biasa-biasa, luar biasa atau sangat luar biasa…
Saya sarankan anda untuk mencari seorang guru atau mentor untuk guide anda sehingga tiga perkara di atas ini dapat di selesaikan dengan jayanya…
Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...