Perniagaan Jalanan

with 1 Comment

Perniagaan Jalanan

Ini adalah gambar di awal perniagaan aku sekitar tahun 2008

Caye tak caye ko org aku meniaga barang safety tepi jalan je!

Perniagaan jalanan atau perniagaan hangit-hangit tahi ayam

Dah lama saya tidak berkongsikan sesuatu di dalam blog saya tentang sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada yang membaca…

Bila di tanya kepada seseorang tentang perniagaan, ramai yang akan mengatakan

“saya pun nak berniaga, tapi itulah masanya tiada”

“saya nak berniaga juga, tapi modalnye belum cukup lagi”

“saya rasa saya nak berniaga, tapi tunggu pecen la..”

Apa pun alasan anda ianya tidak sedikit pun berganjak dari apa yang anda telah lakukan sekarang!

Join Telgram Channel Tips Hartanah AAA (klik di sini)

Cthnya:

Anda adalah seorang pekerja yang hanya menanti gaji setiap hujung bulan…

Dan itulah rutin setiap bulan yang akan anda lakukan tanpa satu bulan pun yang tertinggal melainkan anda di pecat majikan anda…

Kehidupan setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun semakin mencabar, taraf hidup semakin meningkat dan taraf pendapatan kita hampir tiada kenaikan setiap tahun dan jika ada ianya 0.01% dan tidak setanding dengan kenaikan hampir 10% harga barang keperluan…

Siapa yang harus kita persalahkan, diri kita, majikan atau kerajaan yang memerintah?

Memandangkan di dalam bulan ini hampir 5 orang yang bertanyakan saya tentang soalan yang sama

Bagaimana aku nak mulakan perniagaan dan perniagaan jenis apakah yang patut aku buat?

Taniah kerana ko org semua telah berganjak dari suatu zon selesa ke zon perang… dan taniah kerana di antaranya telah berjaya memecat majikanya…

Saya pula bertanya kepada mereka!

  1. Apa yang kau suka buat?
  2. Apa yang kau tau buat?

Dua soalan yang di tanya, tiada suatu pun jawapan yang tepat di jawab…

Jadi aku memberi idea apa tindakan selanjutnya yang perlu di buat

Old Skull

Study market dekat tempat tinggal kau orang dan cuba buat research sikit apa masalah yang di hadapi oleh masyarakat sekeliling!

Sebab kalau kau orang nak tau MASALAH adalah suatu peluang untuk tukarkanya kepada duit…

Cthynya:

Tempat tinggal dekat dengan IPTA dan ramai pelajar yang duduk di dalam asrama atau pun di luar, cuba sesekali bertanyakan kepada mereka apakah masalah yang dihadapi setiap student ketika belajar di sini…

Aku ingat confirm dia akan bgtau 1001 masalah yg di hadapi… tapi janganlah di ambil semua masalah tersebut, cuba filter yang mana betul2 paling utama dan ramai yg menghadapinya…

Sebagai cthnya,

  1. Ramai student cakap makan kat sini mahal
  2. Dobi kat sini tiada
  3. Nak photostat dan color printing jauh
  4. Kedai alat tulis tiada
  5. Homestay kat sini tiada

So… ko org rasa apa yg perlu di buat dan mana pilihan ko org?

Fikir-fikirkan kat mana profitnya…

Ok sebelum tue, aku nak terangkan sesuatu…

  • ROI-Return Of Investment (berapa lama jangka pulangan selepas keluarkan modal)
  • Overhead-Perbelanjaan bulanan yang perlu di bayar(tak boleh nak lari)
  • Profit-Keuntungan (harga jual – harga beli = keuntungan) ((keuntungan/harga beli) x 100% = %keuntungan)

Tiga bende alah ni ko org kene ambil tahu, suka tak suka kene juga ambil port…

So pilih lah mana2 perniagaan ko org rasa suka…

Perhatian Keras: Elakan dari menyewa di tempat2 yang mahal giler, sampai nak buat bayaran bulanan pun sakit, senang kata untung perniagaan hanya utk membayar sewa, tapi kalau perniagaan OK, sewa permis mahal apa ada hal…

Jangan nak vogue sangat berniaga, nak renovate giler2 sampai perpustakaan negara pun kalah! buat alar kadar dan ko org kene ingat renovation permis pernigaan dengan mengunakan bahasa aku “ko buang duit dekat sesuatu ntah ape2 ntah”… tapi kalau perniagaan ko dah masyuk… apa salahnya kalau nak renovate bagi nampak stylo!

Kurangkan sehabis mungkin OVERHEAD dan banyakan PROFIT

Berniaga jangan SYOK sendiri dan rasai sedalam dalamnye perasaan pelanggan ko org…

New Trend style & Stylo (konon-kononye)

Apa lagi… gentel2 tetikus dapat duit ler….

Berniaga dalam alam maya aka internet…

Platform paling senang facebook dan instagram ler… freeeeeeee je!

Tapi kene ada skill dan knowledge sikit, jangan kedekut tahi hidung masin untuk spend pada buku ataupun pergi ke kelas online marketing…

Jangan fikirkan diri tue dah terer sangat sampai buku pun tak nak beli utk di baca…

Paling terbaik dan short cut adalah berguru dengan guru, sedut elmu die banyak2…

Ko org boleh memulakan dengan modal ZERO bagaimana caranya?

  • Ambil gambar dan post di instagram dan facebook
  • Gunakan auto share bila post gambar di instagram
  • Gunakan intergrated sistem bila post secara automatik pergi ke facebook dan instgram (tak la penat ko org nak share)
  • Minta izin dengan akak kedai utk snap gambar, dan deal sekiranya ada org nak beli ko org beli la balik dengan akak tersebut
  • Jangan simpan stock
  • Boleh jadi agen dropship (gi cari dlm google ape itu agen dropship)
  • Make sure friend atau follower ko org banyak
  • Post secara kosisten dan jangan gagal utk buat setiap hari
  • Tak semestinya post ko org berbentuk jualan
  • Post berbentuk info 10 kali, 1 kali zassss utk jualan (orang boring dengan perkataan sale, promosi, jualan murah)
  • Buat je la ape pun asalkan ABU -asal buat untung (nak type banyak lagi)

Banyak lagi ko org boleh buat dalam internet, cthnya lagi menjual dengan mengunakan facebook ads, ecommerce (kedai berbentuk website macam lazada) google ads, email marketing dan bermacam-macam lagi, tapi yang ni semua nak kene ade skill yg tinggi sikit untuk buat, dan mereka yg buat sendiri bende alah ni semua pastinya berguru dengan seseorg utk buat…

So jangan la kedekut untuk invest dengan ilmu… tak rugi mana pun

Join Telgram Channel Tips Hartanah AAA (klik di sini)

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...