3 Sebab Harus Ada Web

with 1 Comment

3 Sebab Harus Ada Web Perniagaan Yang Sepatutnya Seorang Peniaga Perlu Ambil Tahu

 Kenapa anda perlu ada web perniagaan anda sendiri…

Kenapa anda perlu tahu apakah kepentingan adanya web perniagaan…

Kenapa anda perlu bagi tahu perniagaan anda satu dunia…

 

 Perlu ke ade web perniagaan ni?

Jika kita masih memberi info kewujudan perniagaan kita melalui company profile kenapa tidak kita tukar Company Profile tersebut dalam bentuk website dan semua orang boleh akses pada bila-bila masa sebelum membuat perjumpaan dengan kita secara serius.

Lagi pun anda sudah menjimatkan kertas yang di cetak secara berwarna warni dan akhirnya mereka akan gunakan menjadi recycle paper atau ke tong sampah.

Ya betul apa sahaja yang berada di dalam Company Profile syarikat anda akan keluar sebiji sama di dalam web. Apa sahaja maklumat boleh di masuk kan ke dalam web perniagaan anda, asalkan ianya tidak melanggar undang-undang kerajaan malaysia

Company Profile Syarikat tukar ke bentuk Web Perniagaan

Dan jika mereka serius dengan apa yang kita tawarkan, mereka dengan sendirinya akan mencari walaupun pejabat kita hanya berada di rumah 🙂

Agak-agak boleh faham ke tidok?

Dah tak payah pakai kertas lagi, hanya paparkan ke bentuk website

Penting sangat ke web perniagaan ni?

Kita berada di zaman yang di kelilingi dengan GEN Y dan sikit hari lagi GEN ALPHA, mereka ini lebih pakar menjadi penyiasat sebelum melakukan tindakan selanjutnya. Segalanya adalah di hujung jari, dan yang paling tepat tempat rujukan mereka adalah Pakcik Google.

Gen-gen up to date ini sangat pantas menyiasat perniagaan kita dan apa yang mereka siasatkan?

  • Nama syarikat
  • No pendaftaran syarikat
  • Lokasi syarikat
  • Produk syarikat atau perkhidmatan
  • +ve feedback atau -ve feedback

5 perkara di atas ini sudah mencukupi bagi mereka untuk membuat keputusan sama ada untuk meneruskan perniagaan bersama syarikat anda atau tidak!

Gen Y pakar menjadi penyiasat sebelum memulakan tindakan selanjutnya

Walaupun mereka ini sudah mendapatkan Company Profil atau Biz Card anda, mereka tetap juga akan bertanya kepada Pakcik Google untuk memastikan kewujudan perniagaan anda sama ada boleh dipercayai atau tidak.

Agak-agak kalau Gen Y ni taip sesuatu tentang perniagaan anda di dalam enjin carian, dan jika terkeluar -ve feedback, apa akan berlaku?

p/s: jawab dalam hati je 🙂

Perlu ke nak bagi tahu satu dunia?

Adakah anda seorang peniaga yang seperti katak di bawah tempurung atau dalam bahasa jawanya adalah berniaga syok sendiri 

Berniaga bukan la satu bidang terjun yang tiba-tiba lahir je terus ada melainkan anda mempunyai keluarga sememangnya sebagai seorang peniaga atau usahawan.

Macam mana anda memberitahu dengan semua orang tentang perniagaan anda?

  • Melalui media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain
  • Telefon sahabat-sahabat anda
  • WhatsApp dan Telegram
  • Brochure (selit-selit dalam surat khabar 🙂 )
  • Iklan dalam suratkhabar atau lain-lain media

Bunyi dan ayatnya macam ni ” Saya berniaga ubat kuat, sila la beli dengan gembira ” 🙂 agak-agak ada tak camtu?

Ala gurau je… 🙂

Pernah terfikir bagaimana kita mempunyai ranking di dalam enjin carian Pakcik Google?

Contohnya bakal pelanggan kita taip “Ubat Kuat” dalam enjin carian, dan sememangya dia nak cari ubat kuat yg paling kuat 🙂

Web kita berada di kedudukan pertama!

Amecam… agak-agak mereka akan klik ke klik?

Sebenarnya banyak faktor yang mempengaruhi kedudukan web kita di dalam enjin carian Pakcik Google, apa pun ini adalah salah satu teknik yang sangat bergaya dan paling win untuk memastikan perniagaan anda tidak duduk di bawah tempurung dan lama kelamaan mereput

Teknik bergaya dan paling win

Penafian: 3 Sebab Harus Ada Web Perniagaan ini adalah dari pemantauan dan kajian oleh Azuandy Aradi dan kajian tersebut adalah berkenaan perniagaan beliau dan pembekal-pembekal beliau yang berada di seluruh dunia. Dan 3 Sebab Harus Ada Web Perniagaan ini adalah sesuai kepada bakal peniaga yang ingin mengambangkan perniagaan mereka ke tahap luar biasa dan super ohsem 🙂

 

 

Sila komen dan tulis idea anda dengan gembira...